jauh kau pergi meninggalkan diriku
di sini aku merindukan dirimu ooh
kini ku cuba mencari penggantimu
Oh kekasih
catatan kehidupan seorang aku...
Posted by mummy dhia amani at 1:39 PM 0 comments
Labels: lagu
Posted by mummy dhia amani at 11:22 AM 2 comments
hari ni merupakan hari pertama aku melangkahkan kaki menuju dewan kuliah pada semester terakhir untuk ijazah sarjana muda aku di UPM. sudah ku jangkakan tugasan yang menanti. baru dua kelas aku masuk sudah berlonggok tugasan aku dapat. semoga semester ini aku mampu selesaikan tugasan dengan baik. selain tugasan aku juga ada banyak pembentangan dalam kelas, hampir setiap minggu rasanya. tapi inilah dunia kampus, tak akan lari dari tugasan, projek ilmiah, pembentangan, tutorial, peperiksaan. semuanya menjadi asam garam dalam kehidupan seorang mahasiswa.. ye,aku juga tersangat risaukan tentang final projek aku yang masih belum terusik. risau rasanya mahu bertemu dengan penyelia projek.
semester akhir ini juga aku ada perancangan mahu menyambung pengajian ke peringkat master, namun aku masih dalam dilema. mahu atau tidak, seandainya aku menyambung kembali pengajian bagaimana keluargaku di kampung? susah nak buat pilihan.nantilah, masih ada masa.
sebenarnya esok aku tak sabar nak ambil slip keputusan peperiksaan semester 5, tadi aku ada tengok kawan seangkatan aku yang sudah mengambil slip tersebut, dan ada catatan "kepujian dekan". upm ni nak capai dekan sakit. 3.75. tinggi bukan? hmmm... alhamdulillah kecemerlangan yang di nanti-nanti. ramai juga teman seperjuangan yang mendapat kepujian dekan ni... antaranya, norihan, maznah, rozana, irma, fairuz, rasanya ramai lagi tapi yang aku tahu itu sahaja. tahniah buat sahabat semua, aku tahu kalian mampu buat yang terbaik.
semoga hari esok adalah hari terbaikku..aminnn...
Posted by mummy dhia amani at 11:56 PM 2 comments
Labels: kuliah
hari ni aku nak bakar ikan..ala tengah bakar pon sekarang...hehehe...dah lama sangat tak bakar ikan, dari masuk sem ari tu, beli kat kedai tak sama dengan yang kita buat sendiri.. so bile buat sendiri ni rasa puas sangat.hehehe...
bahan-bahan untuk ikan bakar:
2 ekor ikan caru
halia
kunyit
cili kisar
bawang merah
bawang puteh
belacan sikit
garam secukup rasa
bahan tuk sambal asam:
air 1/2 cawan
1 sudu asam jawa
cili padi (hiris or tumbuk)
bawang merah
gula dan garam secukupnya
selamat mencuba..
Posted by mummy dhia amani at 12:30 PM 2 comments
Labels: makanan
nak tau satu kisah?tadi aku hampir terjatuh di trafic light parit raja, ya, sebaik sahaja aku dan mak aku habis cuci mata di pasar parit raja pada setiap isnin dan khamis tu..mmmm...mujur juga time tu lampu merah. aku nak letakkan kedua-dua belah kaki aku kat jalanlah kononnya. tapi kaki aku yang sebelah kanan macam tersangkut gitu, ape lagi?menggelabahlah aku.mujur sangat-sangat tak jatuh. dahlah time tu aku bawak mak aku dengan anak buah aku sekali si mamal yang comel tu..mmmm...
tak dapat ku bayangkan seandainya aku terjatuh masa tu.. dahlah mak aku tu sakit ibu jarinya, dan semalam kaki mak aku terkena gerabak sawit. bengkak juga lah kaki mak aku tu..kesian mak aku...
sudahnya sekarang kaki aku sakit...agaknya terkehel kot...tak taulah, tengok la dua tiga hari lagi. kalau sakit berterusan aku nak pegi urut rumah kak senah..hehehe...
satu kisah semasa di trafic light juga:
aku excident. fuhh..berkecai motor aku mase tu.. yang peliknya kereta yang aku langgar sikit pun tak rosak,calar pun sikit aje...pelik memang pelik. so apa agaknya yang aku langgar ye?huhuhu
kisah excident tu adalah semasa aku dalam tingkatan 6 rendah. mase tu trial stpm tuk pelajar 6 atas, aku mase tu dah kelam kabut nak ke sekolah yang jauhnya dalam 30minit perjalanan... jam sudah menunjukkan pukul 720 pagi. ape lagi? aku pun pecutlah, kononnya nak langgarlah lampu kuning. sekali orang depan berenti da.. berentamlah aku dengan kereta depan aku tu..huhuhuhu...
aku siap pejam mata, aku ni hidup lagi ke tak yerk?hehehe lawak pun ada. tulah kenangan aku. sejak dari tu aku semacam fobia dengan lampu trafik warna kuning..muahahahahaha.....
Posted by mummy dhia amani at 9:01 PM 0 comments
Labels: yang aku tak suka
pagi yang indah ini aku mulakan dengan ucapan kesyukuran kerana masih lagi bernafas di bumi Allah ini, tapi aku secara tiba-tiba seusai solat subuh hatiku dirundung rasa semacam. (hehehe..saspen) bagai ada sesuatu yang tidak kena, ye..yang sebenarnya aku teringatkan teman seangkatan denganku di upm, gedung ilmuku.
mungkin aku yang bersalah kerana menyakiti hatinya, tapi aku rasa tentu aku bersebab untuk membuatnya sakit hati atau dengan kata lainnya aku marah dengan dia. entahlah..perwatakan setiap orang adalah berlainan. aku sebenarnya sudah pun memohon kemaafan darinya, tapi tak mengapalah andainya maaf aku ni tidak diterima, aku sedar kesalahan aku, tapi mengapa dia tidak mampu untuk menilai kesalahannya terhadapku? mengapa dia hanya memandang kebenaran pada dirinya?
aku tidak berkira sebenarnya, tapi kadang-kadang caranya melampau dan membuatkan aku terasa hati.. entahlah, kejap lagi mula semester baru, moga aku tabah hadapi manusia sepertinya di bumi upm nanti...buat teman...aku minta maaf andainya aku yang bersalah....
Posted by mummy dhia amani at 9:23 AM 0 comments
Labels: teman...kawan...sahabat...
bersalahkah aku seandainya sekarang ni aku mengingati bekas teman lelakiku yang dulu? padahal aku kini sudah bertunang dengan seorang lelaki yang sayangkan aku, yang cintakan aku, yang mengasihi aku, yang menerima aku seadanya, rasanya bekas teman lelakiku dulu tidak sepenuhnya begitu padaku.
dek kerana terlalu percayakannya aku telah dipermainkan..entahlah..sedih tapi nak buat camne..tapi syukur aku kini bahagia dengan insan yang benar-benar menyayangi aku sepenuhnya, seadanya...alhamdulillah...
Posted by mummy dhia amani at 9:57 PM 0 comments
Posted by mummy dhia amani at 1:29 PM 2 comments
Labels: keindahan alam
panas aje aku hari ni...tah kenapa dengan dia hari ni... semua yang aku buat semua salah... aku tak paham la dengan kehendak lelaki ni.. cemburunya melampau-lampau. mujur kuasa talak tak ada kat tangan aku, kalau kat tangan aku dah lama aku ceraikan dia talak 9 (nombor febrate aku)..huahahaha...
hari ni seharian tak ada kabar berita sekali muncul diserangnya aku dengan sejuta persoalan. aku baru je guna panggilan 'saya' dan 'awak' dah melenting kata bukan-bukan. selalunya aku panggil dia dengan panggilan manje la kan. tapi tadi saje je aku nak tukar mood (mood zaman mula-mula kenal) alih-alih jadi gini. adui... tension...tension...
la ni sampai sekarang dia still guna 'saya' 'awak', hai lah..masalah..masalah... katanya tadi dia terasa hati,, hello.. perkataan 'saya' 'awak' tu mampu buat orang terasa hati ke? pikir-pikirkan la.. aku dah malas nak layan... buat gaduh je..aku tak suka nak gaduh-gaduh, tapi bila di katanya aku yang mulakan aku iyakan ajelah, redha ajelah, sabar ajelah....
Posted by mummy dhia amani at 8:14 PM 2 comments
Labels: tunangku
Posted by mummy dhia amani at 10:31 PM 0 comments
Labels: anak buah
aku memang cintakan keindahan alam. kerana itu, pada jumaat lalu aku telah ke bukit jugra untuk melihat keindahan alam dari bukit tersebut. pertama kali melangkahkan kaki ke puncak jugra aku kagum dengan keindahannya.
Posted by mummy dhia amani at 8:25 PM 0 comments
Labels: keindahan alam
Posted by mummy dhia amani at 7:12 PM 0 comments
Labels: makanan
sudah terlalu lama rasanya aku tidak menulis sebarang catatan dalam blog ini. bukan sengaja atau tiada cerita tetapi aku sibuk dengan hal aku sendiri. malas ingin mencatat sebenarnya...:-p. ingin aku berkongsi sedikit kegembiraan untuk catatan pada kali ini. semalam aku baru sahaja melihat keputusan peperiksaan untuk sem 1 sesi 2009/2010. alhamdulillah...aku berjaya mencapai target aku dan aku berjaya melepasi sasaran aku. syukur sangat-sangat kehadrat illahi atas rezeki yang dilimpahkan.
seminggu sebelum keputusan peperiksaan diumumkan aku telah bermimpi tentang mimpi yang tak pernah henti aku mimpikan. mimpinya adalah mimpi menaiki tangga. aku sering kali gagal untuk menaiki tangga untuk sampai ke puncak walau berkali-kali aku cuba. sehingga akhirnya aku tersedar dari mimpi aku berpeluh-peluh, seakan-akan aku benar-benar sukar untuk menaiki tangga tersebut. namun mimpi yang baru aku lalui tentang menaiki tangga, aku berjaya naik dengan mudah sekali. sangat mudah. mungkin inilah tafsiran pada mimpi yang aku alami, aku berjaya mencapai sasaran ku, malah melebihi dari sasaranku, alhamdulillah...
pernah aku kongsikan mimpiku ini dengan insan terhampir denganku, mak aku sendiri. kata mak, mimpi tu bermaksud aku belum boleh berjaya lagi, kena berusaha kuat lagi. hadapi segala rintangan dengan hati yang ikhlas, jangan mengeluh, jangan mengalah, teruskan perjalanan walau banyak halangan yang merintangi perjalanan itu. ya, aku akui hakikat itu.. mungkin juga kejayaan ku kali ini adalah berkat doa semua insan terhampir denganku, mak, tunang, bakal mak mertua dan semua insan yang rapat denganku.
Posted by mummy dhia amani at 10:51 AM 0 comments
sabtu dan ahad ni aku akan mengikuti kursus perkahwinan di putrajaya. awal betul aku pergi kursus perkahwinan ni kan?tak apalah persediaan awal. nanti tidaklah kelam kabut sangat, kan? lagipun cepat atau lambat tidaklah penting sangat. yang penting mengikutinya untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
aku akan mengikuti kursus perkahwinan ini di kompleks kejiranan presint 16, berdekatan dengan alamanda. aku akan pergi bersama tunang aku yang tercinta.kehkeh...
semoga aku boleh menjalani kursus tersebut tanpa sebarang gangguan...
insya ALLAH.....
Posted by mummy dhia amani at 9:08 PM 0 comments
hehehe..entry ini adalah sambungan dari entry lepas tentang penculikan... paginya seperti biasa aku dengan sepupu aku yang banyak mulut itu, Haziq, bercerita itu dan ini. walau usianya baru menginjak 9 tahun tapi petah bercerita itu dan ini. kami bersama-sama menonton kartun yang di siarkan di televisyen. sempena cuti sekolah ni banyak la cerita kartun kan?so aku pun memang minat kartun, so layan ajelah...
pukul 930 pagi mama kepada Haziq menelefonku dengan suara yang cemas sekali;
Posted by mummy dhia amani at 8:42 PM 0 comments