huh..lama rasanya tak buka blog ni..lame sgt la...nk kte xde cerita byk je crita yg patut aku kongsikan tapi tulah..mase...lgpon bil brdband baru bayo ni..huhu...kes terbaru buat wedding card..berhempas pulas aku membuatnya..berjaya juga..design sendiri? ade la cikit2...ikut format org just tukar pic ape yg patut..nnti aku upload wedding card aku tuk korg sume..tp nantilah...slow2 org jawa kata..hakhakhak...
Monday, July 26, 2010
Friday, January 22, 2010
~adnan sempit~
rabu lalu aku menonton adnan sempit bersama teman-teman seperjuanganku di sini. mungkin kelakar kerana inilah kali pertama kami menonton wayang bersama kerana sepanjang 3tahun pengajian, kami tidak pernah menonton wayang bersama. inilah kali pertama. dengan kisah yang mencuit hati, menarik, menambahkan lagi keterujaan kami sebenarnya.
namun..dari segi penggunaan bahasanya aku rasa tidaklah terlalu bagus untuk tontonan kita sebagai rakyat malaysia. mungkin tujuannya adalah untuk menghiburkan penonton, tapi bukanlah dari segi bahasanya kalau ingin menghiburkan. bagi aku, jalan ceritanya sahaja sudah membuatkan aku dan temanku ketawa. sebagai pelajar bahasa melayu di ipta, aku rasa bahasa yang digunakan perlulah dibaiki lagi kerana percampuran bahasa dan penggunaan bahasa inggeris, serta bahasa selanga yang agak teruk mampu mencemarkan lagi keluhuran jati diri kita.
semoga kita sebagai rakyat malaysia tidak mudah terikut-ikut dengan penggunaan bahasa yang digunakan. kerana hanya kita sahaja, rakyat malaysia, yang mampu mengubah tahap penguasaan kita dalam bertutur dengan menggunakan bahasa melayu..
sama-samalah kita perjuangkan bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan kita...
Posted by mummy dhia amani at 3:25 PM 0 comments
~kerja untuk minggu ni~
Posted by mummy dhia amani at 3:10 PM 0 comments
Labels: kuliah
Tuesday, January 5, 2010
~cameron highlands~
rasanya dah terlalu lama tak masukkan apa-apa kisah dalam blog ni..nak bukak blog pun dah malas sekarang..asyik bukak facebook saja...maka oleh itu di sini ingin rasanya aku berkongsi kenangan indah aku sewaktu bercuti dengan my future family in law..hikhikhik...
di sana kami menyewa sebuah apartment 3 bilik. luas dan sangat selesa, harganya pun tidaklah terlalu mahal. maka kami sekeluarga termasuk makcik dan pakcik sebelah future mother in law aku, duduk menginap di situ sehari semalan. aku tersangat teruja dengan keindahan flora dan fauna yang dapat aku lihat di sepanjang perjalanan ku ke sana. semakin sampai ke atas aku semakin terasa kedinginannya. malah aku meminta pada tunangku supaya tidak memasang penghawa dingin pada keretanya kerana aku ingin menghirup udara segar di sepanjang perjalananku ke cameron..
dia begitu memahami aku, kehendak aku dituruti sahaja. sememangnya aku rindukan suasana hutan yang menghijau dengan bunyi unggas yang menghiburkan. aku rindukan suasa itu. dulu time sekolah sering kali aku mengikuti perkhemahan dalam hutan. kerana itulah aku semakin minat dengan kehijauan hutan.. dah sememangnya juga aku suka warna hijau..hehehe...
malam pertama aku merasakan kedinginan yang begitu menyucuk ke tulang. sangat sejuk di tambah cuaca mendung dan hujan yang turun.. tebal baju sejukku berserta stokin. semuanya bagi mengawal kedinginan di cameron highlands.. malam itu juga kami keluar berjalan-jalan sekitar tanah rata. memang indah pemandangan waktu malam, sempat juga aku membeli buah tangan untuk sahabat-sahabatku dan keluargaku di kampung. hampir jam 12malam barulah kami pulang ke tempat penginapan kami..
esoknya pengembaraan kami bermula, tea park, strawberry park, kebun bunga, ladang sayur-sayuran.. semuanya menjadi destinasi utama. kekaguman aku akan tanah rata yang cantik dan indah serta mempersonakan...puas aku berjalan dan menangkap gambar sebagai kenangan abadi di sini..
petang itu selesai semua tempat kami lawati kami pulang dengan harapan ingin kembali semula ke cameron baru menciptakan lagi kenangan yang terindah.. malah aku bercadang ingin pergi bersama keluarga sendiri pula..insya allah....sebelum pulang kami singgah di lata iskandar... memori terindah dalam hidupku...
Posted by mummy dhia amani at 12:37 AM 2 comments
Labels: keindahan alam/bercuti