cerita duka dari kampung membuatkan aku tidak karuan sepanjang hari mengenangkan nasib yang menimpa. mood hilang serta merta. macam nak balik sekarang saja. walaupun kejadian tu berlaku khamis lalu, dan aku baru dapat tahu sabtu, tapi kesannya mendalam. sapa tak sedih mak sendiri ditimpa kedukaan. rupa-rupanya, perasaanku yang tidak enak khamis lalu rupanya memang benar. ada sesuatu yang terjadi di kampung. tapi yalah, ibu mana yang nak anaknya sedih. petang khamis tu sesudah pulang dati library UPM aku terus telefon mak, bertanyakan khabar berita, dengan ceria mak menutup dukanya yang begitu terkesan dihatinya. aku berdoa semoga kata mak adalah kebenaran, tapi kakak ku memberitahu ada peristiwa malang telah menimpa mak. pantas aku menelefon mak, bertanyakan perihal sebenar. oh Tuhan, sesungguhnya apa yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment