cerita semalam..semalam aku tak sempat nak post cerita pasal diri aku. balik pun dah malam.letih. jadinya tak sempatlah nak buka blog. jadi, aku cerita la hari ni. semalam lepas je orang solat jumaat aku keluar date dengan tunang aku. lama dah tak date berdua. time jumpa raya ari tu pun date gak, tapi date ngan adik n mak dia sekali...hikhikhik..
semalam kitorang pegi tengok wayang. cerita g-force. best gile cerita ni. rasenya macam nak pi tengok lagi sekali je...hehehe. kelakar, menarik, yang lebih menarik sebab pi tgok ngn mat saleh yang bawak anak-anak sekali utk menonton cerita tu.penuh satu line untuk mereka saja. kecoh gila time tu. walaupun cerita tu dah lama kat panggung, tapi tak salah kalau rasanya masa tayangannya ditambahkan lagi...
aku tgok cerita tu kt alamanda. sebab aku rase alamanda la tempat best nak tengok movie, bukan kata kt the mines tak best, tapi entahlah alamanda gak la tempat pilihan kitorang untuk shopping atau tgok movie...
lepas tengok wayang kitorang shopping sikit kat carrefour. lepas tu solat. nak cerita plak pasal tempat solat kat alamanda tu; tempat solat yang sangat selesa. bagi aku la tak tau la pulak bagi orang lain. semua cukup, luas, siap air-cond tu.hehehe
lepas je solat kitorang terus kuar, cari makanan plak. tempat pilihan kitorang kat dengkil. nak tau kenapa suka makan kt dengkil, ala kedai makan yang kat trafic light ke banting tu, n bersebelahan dengan masjid. kat situlah. balik semula kenapa suka makan kat situ, sebabnya adalah masakannya sedap. menepati selera makan aku lah, aku kan suka makan pedas-pedas. kaw-kaw pedasnya. kalau mintak nasi goreng kampung atau masi goreng ayam, nasi dia membukit beb!!!banyak gile, kadang-kadang aku makan pun tak habis...tapi malam td mcm ada kekuranganlah, nasi yang dia masak tak berapa nak sedap. maybe orang lain kot yang masak. dah berkali-kali aku makan kat situ memang semuanya sedap, tak ada yang tak sedap. cuma malam tadi je..maybe tukang masaknya da balik kot. ye la, dah malam.tapi okay je sebab aku tengok tunang aku makan laju je, nampak cam sedap sangat. hikhikhik... sup ayam mlm tadi pun sedap, tapi dia punya cili api, masya allah!!! banyak gile n for sure la pedas gile-gile!!
membukitkan aku kata nasi dia..sedap...
lepas makan malam, aku teman pulak tunang aku ni g kedai aksesori kereta kawan dia kat LAN J.K kat kajang. aku tak tau apa nama kedai dia, yang aku tau tunang aku selalu cakap LAN K.J. tapi sampai je aku stay dalam kereta, dia aje yang masuk. tak lama lepas tu dia panggil aku masuk,
masya Allah... sawan aku dibuatnya, korang nak tau kenape? hehehe apa lagi aksesori KITTY la..hikhikhik...sawan-sawan... seat kitty tu cuma RM700 aje ari tu dia g tanya kat subang RM900 tau, dia nak beli kot..
untuk pengetahuan semua aku ngan tunang aku tengah gile kereta sekarang. kitorang bercadang nak buat kereta kitty. tapi dalam ajelah, semua complete barang-barang kitty. insya Allah dalam tahun ni siap kot. hehe.. tak pun sem depan blehlah tayang kat Aya, Zana, n Umi.. hehehe.. berbalik pasal aksesori kitty td, banyak gak barang kitty kat kedai lan kj tu, tu yang aku bertambah sawan...
kitty kat alamanda
lepas settle tengok-tengok barang kat lan kj dia pun antar la aku balik kolej semula.. maka tamatlah sudah cerita aku untuk semalam...hehehe..
0 comments:
Post a Comment