? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.4 (12 Ratings)??1 Grab Today. 17557 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????On The Road Again? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 599 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Don't Fade Aw BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, January 22, 2010

~kerja untuk minggu ni~

lama sudah rasanya blog ni tidak di update kn?mmmm...tuannya sibuk sangat sampai sudah tidak punya masa untuk membaca blog sendiri. sepanjang bulan ni, bulan pertama memulakan kuliah aku terlalu sibuk dengan segala macam benda. pulang dari cameron tempoh hari aku kembali memulakan rutin harianku sebagai mahasiswi di ipta. tugasan untuk pelajar tahun akhir benar-benar menuntut kesabaran yang tersangat tinggi. aku kini sibuk dengan tugasan kuliah, pembentangan, ujian 1, dan yang paling penting projek final year aku. projek ilmiahku...

minggu sudah aku bertemu dengan penyeliaku, mujur dia membantuku, selesai sudah bahagian yang merunsingkan mindaku selama ini. alhamdulillah..kini aku dalam proses menyudahkan metodologi untuk kajian projek ilmiahku.. aku telah menggunakan teori stilistik. semoga aku mampu menyudahkan kerja-kerjaku dengan mudah..

esok, hari sabtu aku bercadang ingin ke perpustakaan negara. aku ingin menyudahkan metodologi kajianku kerana pada hari isnin 25 jan 2010 aku akan menghantarnya pada penyeliaku untuk disemak.semoga dia menerima hasil kerjaku yang bertungkus lumus aku sudahkan untuk sepanjang minggu ni.

malam tadi saja aku baru sudah menterjemahkan teks bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu. mujur saja tugasan itu adalah berkumpulan, andai individu pinar juga biji mataku..hehe..terima kasih pada teman seangkatan denganku yati dan fiza.

cadangku hari ini aku mahu menyelesaikan segera tugasan 1 kuliah estetika dalam kesusasteraan. mengkaji teks hikayat seri kelantan dari sudut estetikanya. mencabar juga kerana ianya adalah prosa tradisional yang benar-benar menggugat keterbacaanku terhadap karya tersebut. aku sudah membuat sinopsisnya, hanya tinggal analisis teksnya sahaja...

semoga saja aku daya untuk menyudahkannya hari ini..insya Allah...

0 comments: