? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.4 (12 Ratings)??1 Grab Today. 17557 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????On The Road Again? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 599 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Don't Fade Aw BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, December 29, 2009

~~pernah ada rasa cinta antara kita...~~

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin ku lupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
di sini aku merindukan dirimu ooh
kini ku cuba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

sape pernah dengar lagu ni?bestkn?liriknya..melodinya..membuai perasaan..sedih pon ada..mmmm...

~sweet day is everyday, 3 more days is the very sweet day..~~

hari ini aku sedang menghitung hari.. lagi tiga hari ada kejutan buat aku. 
tak sabarnya nak tunggu lagi tiga hari tu.. 
lagi tiga hari tu tahun baru bukan? 
apalah kejutan untuk aku agaknya kan? 
tak apa, sabar..sabar..


my love

Monday, December 28, 2009

~hari pertama semester terakhir di UPM~

hari ni merupakan hari pertama aku melangkahkan kaki menuju dewan kuliah pada semester terakhir untuk ijazah sarjana muda aku di UPM. sudah ku jangkakan tugasan yang menanti. baru dua kelas aku masuk sudah berlonggok tugasan aku dapat. semoga semester ini aku mampu selesaikan tugasan dengan baik. selain tugasan aku juga ada banyak pembentangan dalam kelas, hampir setiap minggu rasanya. tapi inilah dunia kampus, tak akan lari dari tugasan, projek ilmiah, pembentangan, tutorial, peperiksaan. semuanya menjadi asam garam dalam kehidupan seorang mahasiswa..  ye,aku juga tersangat risaukan tentang final projek aku yang masih belum terusik. risau rasanya mahu bertemu dengan penyelia projek.

semester akhir ini juga aku ada perancangan mahu menyambung pengajian ke peringkat master, namun aku masih dalam dilema. mahu atau tidak, seandainya aku menyambung kembali pengajian bagaimana keluargaku di kampung? susah nak buat pilihan.nantilah, masih ada masa.

sebenarnya esok aku tak sabar nak ambil slip keputusan peperiksaan semester 5, tadi aku ada tengok kawan seangkatan aku yang sudah mengambil slip tersebut, dan ada catatan "kepujian dekan". upm ni nak capai dekan sakit. 3.75. tinggi bukan? hmmm... alhamdulillah kecemerlangan yang di nanti-nanti. ramai juga teman seperjuangan yang mendapat kepujian dekan ni... antaranya, norihan, maznah, rozana, irma, fairuz, rasanya ramai lagi tapi yang aku tahu itu sahaja. tahniah buat sahabat semua, aku tahu kalian mampu buat yang terbaik.

semoga hari esok adalah hari terbaikku..aminnn...


tiada kaitan dengan entry. hanya kerana aku merindui anak buah kesayanganku ini..huahuahua..

Tuesday, December 22, 2009

~menu tengahari ni~

hari ni aku nak bakar ikan..ala tengah bakar pon sekarang...hehehe...dah lama sangat tak bakar ikan, dari masuk  sem ari tu, beli kat kedai tak sama dengan yang kita buat sendiri.. so bile buat sendiri ni rasa puas sangat.hehehe...

bahan-bahan untuk ikan bakar:

2 ekor ikan caru
halia
kunyit
cili kisar
bawang merah
bawang puteh
belacan sikit
garam secukup rasa

bahan tuk sambal asam:

air 1/2 cawan
1 sudu asam jawa
cili padi (hiris or tumbuk)
bawang merah
gula dan garam secukupnya

selamat mencuba..

Monday, December 21, 2009

~kisah lampu trafik kuning.....~

nak tau satu kisah?tadi aku hampir terjatuh di trafic light parit raja, ya, sebaik sahaja aku dan mak aku habis cuci mata di pasar parit raja pada setiap isnin dan khamis tu..mmmm...mujur juga time tu lampu merah. aku nak letakkan kedua-dua belah kaki aku kat jalanlah kononnya. tapi kaki aku yang sebelah kanan macam tersangkut gitu, ape lagi?menggelabahlah aku.mujur sangat-sangat tak jatuh. dahlah time tu aku bawak mak aku dengan anak buah aku sekali si mamal yang comel tu..mmmm...

tak dapat ku bayangkan seandainya aku terjatuh masa tu.. dahlah mak aku tu sakit ibu jarinya, dan semalam kaki mak aku terkena gerabak sawit. bengkak juga lah kaki mak aku tu..kesian mak aku...

sudahnya sekarang kaki aku sakit...agaknya terkehel kot...tak taulah, tengok la dua tiga hari lagi. kalau sakit berterusan aku nak pegi urut rumah kak senah..hehehe...

satu kisah semasa di trafic light juga:

aku excident. fuhh..berkecai motor aku mase tu.. yang peliknya kereta yang aku langgar sikit pun tak rosak,calar pun sikit aje...pelik memang pelik. so apa agaknya yang aku langgar ye?huhuhu

kisah excident tu adalah semasa aku dalam tingkatan 6 rendah. mase tu trial stpm tuk pelajar 6 atas, aku mase tu dah kelam kabut nak ke sekolah yang jauhnya dalam 30minit perjalanan... jam sudah menunjukkan pukul 720 pagi. ape lagi? aku pun pecutlah, kononnya nak langgarlah lampu kuning. sekali orang depan berenti da.. berentamlah aku dengan kereta depan aku tu..huhuhuhu...

aku siap pejam mata, aku ni hidup lagi ke tak yerk?hehehe lawak pun ada. tulah kenangan aku. sejak dari tu aku semacam fobia dengan lampu trafik warna kuning..muahahahahaha.....

Sunday, December 20, 2009

~terfikir sejenak~

pagi yang indah ini aku mulakan dengan ucapan kesyukuran kerana masih lagi bernafas di bumi Allah ini, tapi aku secara tiba-tiba seusai solat subuh hatiku dirundung rasa semacam. (hehehe..saspen) bagai ada sesuatu yang tidak kena, ye..yang sebenarnya aku teringatkan teman seangkatan denganku di upm, gedung ilmuku.

mungkin aku yang bersalah kerana menyakiti hatinya, tapi aku rasa tentu aku bersebab untuk membuatnya sakit hati atau dengan kata lainnya aku marah dengan dia. entahlah..perwatakan setiap orang adalah berlainan. aku sebenarnya sudah pun memohon kemaafan darinya, tapi tak mengapalah andainya maaf aku ni tidak diterima, aku sedar kesalahan aku, tapi mengapa dia tidak mampu untuk menilai kesalahannya terhadapku? mengapa dia hanya memandang kebenaran pada dirinya?

aku tidak berkira sebenarnya, tapi kadang-kadang caranya melampau dan membuatkan aku terasa hati.. entahlah, kejap lagi mula semester baru, moga aku tabah hadapi manusia sepertinya di bumi upm nanti...buat teman...aku minta maaf andainya aku yang bersalah....

Saturday, December 19, 2009

~salahkah aku?~

bersalahkah aku seandainya sekarang ni aku mengingati bekas teman lelakiku yang dulu? padahal aku kini sudah bertunang dengan seorang lelaki yang sayangkan aku, yang cintakan aku, yang mengasihi aku, yang menerima aku seadanya, rasanya bekas teman lelakiku dulu tidak sepenuhnya begitu padaku.

dek kerana terlalu percayakannya aku telah dipermainkan..entahlah..sedih tapi nak buat camne..tapi syukur aku kini bahagia dengan insan yang benar-benar menyayangi aku sepenuhnya, seadanya...alhamdulillah...

Friday, December 18, 2009

~sekadar...~

semalam aku terlalu bersyukur dengan kurniaan yang telah allah berikan pada diriku... Allah telah memanjangkan usiaku untuk aku dapat sekali lagi menyambut 1 muharam. alhamdulillah...

Monday, December 14, 2009

salahkah aku

panas aje aku hari ni...tah kenapa dengan dia hari ni... semua yang aku buat semua salah... aku tak paham la dengan kehendak lelaki ni.. cemburunya melampau-lampau. mujur kuasa talak tak ada kat tangan aku, kalau kat tangan aku dah lama aku ceraikan dia talak 9 (nombor febrate aku)..huahahaha...

hari ni seharian tak ada kabar berita sekali muncul diserangnya aku dengan sejuta persoalan. aku baru je guna panggilan 'saya' dan 'awak' dah melenting kata bukan-bukan. selalunya aku panggil dia dengan panggilan manje la kan. tapi tadi saje je aku nak tukar mood (mood zaman mula-mula kenal) alih-alih jadi gini. adui... tension...tension...

la ni sampai sekarang dia still guna 'saya' 'awak', hai lah..masalah..masalah... katanya tadi dia terasa hati,, hello.. perkataan 'saya' 'awak' tu mampu buat orang terasa hati ke? pikir-pikirkan la.. aku dah malas nak layan... buat gaduh je..aku tak suka nak gaduh-gaduh, tapi bila di katanya aku yang mulakan aku iyakan ajelah, redha ajelah, sabar ajelah....

Sunday, December 13, 2009

rindu kamu




comelnya korang...cik anim rindu sangat ngn korang ni...

malam ini ku sendiri...tak ada yang menemani...huhuhuhu...aku sebenarnya rindukan anak-anak buah aku yang tersayang...yelah dah lama tak jumpe dengan mereka.. tadi baru sms dengan ibu mereka merangkap kakak aku..huhuhu.....katanya esok pagi nak datang..huaaaa...terubatlah rinduku pada mu wahai anak-anak buahku yang tersayang....

sebenarnya aku ni dah lama tak buli budak..hehehe..tu yang bosan je duduk kat rumah ni... tak ada budak-budak yang nak dilayan bermain, nyakat, dan buli membuli... dah perwatakan aku yang suka dengan budak-budak, nak buat macam mana, ye tak? huhuhu..tak sabar nak tunggu esok..siaplah mamal dan zura..cik anim nak buli korang... huahahaha...
muka pembuli kanak-kanak

bukit jugra

aku memang cintakan keindahan alam. kerana itu, pada jumaat lalu aku telah ke bukit jugra untuk melihat keindahan alam dari bukit tersebut. pertama kali melangkahkan kaki ke puncak jugra aku kagum dengan keindahannya. 





aku, tunangku dan zaim

 




~~buat kek dengan bakal mertua.~~


menarik bukan? inilah kek yang telah aku buat bersama-sama dengan bakal mak mertua aku di banting pada hari rabu lalu.. sedap sangat. kalau mampu aku gambarkan rasanya pada kalian...hehehe...

menurut bakal mertuaku kek ini adalah kek pelangi.. seceria warnanya begitulah perasaanku pada waktu kami membuatnya... taklah susah sangat hendak membuatnya. aku ni tidaklah pandai dalam membuat kek-kek ni, tapi aku masih sanggup untuk mempelajarinya, bakal mak mertuaku juga tidak lokek untuk berkongsi resepi keknya.

selain kek pelangi aku turut membantunya membuat kek coklat. ya, kek coklat kegemaranku. aku sangat-sangat suka kek coklat. tak tahulah mengapa, yang pasti adik lelakiku turut menyukai kek coklat tersebut. tak sampai sehari kek coklat yang aku buat bersama bakal mertuaku habis dimakan oleh adikku. terkejut juga. tapi dah sememangnya untuk dimakan...keknya pun sedap. membuatnya juga tidak rumit. tidak menggunakan pelanta sebaliknya menggunakan secawan minyak masak sahaja.



sebelah kek coklat tu adalah kek zebra. sedap juga. rasanya sama seperti kek pelangi. kek pelangi hanya ditambah dengan pewarna merah dan hijau..

aku juga turut mempelajari cara memasak rendang. wah..rendangnya enak sekali. makan dengan pulut... wow mantap..hehehe..cayalah, mak mertua aku memang pandai masak..apa sahaja yang mama masak memang sedap. rugi tak tambah. sebab tu aku makin montel. kuat makan, dah mama masak sedap sangat...


Saturday, December 12, 2009

kejayaanku hari ini kesukaranku di masa lalu

sudah terlalu lama rasanya aku tidak menulis sebarang catatan dalam blog ini. bukan sengaja atau tiada cerita tetapi aku sibuk dengan hal aku sendiri. malas ingin mencatat sebenarnya...:-p. ingin aku berkongsi sedikit kegembiraan untuk catatan pada kali ini. semalam aku baru sahaja melihat keputusan peperiksaan untuk sem 1 sesi 2009/2010. alhamdulillah...aku berjaya mencapai target aku dan aku berjaya melepasi sasaran aku. syukur sangat-sangat kehadrat illahi atas rezeki yang dilimpahkan.

seminggu sebelum keputusan peperiksaan diumumkan aku telah bermimpi tentang mimpi yang tak pernah henti aku mimpikan. mimpinya adalah mimpi menaiki tangga. aku sering kali gagal untuk menaiki tangga untuk sampai ke puncak walau berkali-kali aku cuba. sehingga akhirnya aku tersedar dari mimpi aku berpeluh-peluh, seakan-akan aku benar-benar sukar untuk menaiki tangga tersebut. namun mimpi yang baru aku lalui tentang menaiki tangga, aku berjaya naik dengan mudah sekali. sangat mudah. mungkin inilah tafsiran pada mimpi yang aku alami, aku berjaya mencapai sasaran ku, malah melebihi dari sasaranku, alhamdulillah...

pernah aku kongsikan mimpiku ini dengan insan terhampir denganku, mak aku sendiri. kata mak, mimpi tu bermaksud aku belum boleh berjaya lagi, kena berusaha kuat lagi. hadapi segala rintangan dengan hati yang ikhlas, jangan mengeluh, jangan mengalah, teruskan perjalanan walau banyak halangan yang merintangi perjalanan itu. ya, aku akui hakikat itu.. mungkin juga kejayaan ku kali ini adalah berkat doa semua insan terhampir denganku, mak, tunang, bakal mak mertua dan semua insan yang rapat denganku.

Thursday, December 3, 2009

kursus perkahwinan

sabtu dan ahad ni aku akan mengikuti kursus perkahwinan di putrajaya. awal betul aku pergi kursus perkahwinan ni kan?tak apalah persediaan awal. nanti tidaklah kelam kabut sangat, kan? lagipun cepat atau lambat tidaklah penting sangat. yang penting mengikutinya untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

aku akan mengikuti kursus perkahwinan ini di kompleks kejiranan presint 16, berdekatan dengan alamanda. aku akan pergi bersama tunang aku yang tercinta.kehkeh...

semoga aku boleh menjalani kursus tersebut tanpa sebarang gangguan...
insya ALLAH.....

culik II

hehehe..entry ini adalah sambungan dari entry lepas tentang penculikan... paginya seperti biasa aku dengan sepupu aku yang banyak mulut itu, Haziq, bercerita itu dan ini. walau usianya baru menginjak 9 tahun tapi petah bercerita itu dan ini. kami bersama-sama menonton kartun yang di siarkan di televisyen. sempena cuti sekolah ni banyak la cerita kartun kan?so aku pun memang minat kartun, so layan ajelah...

pukul 930 pagi mama kepada Haziq menelefonku dengan suara yang cemas sekali;

mama Haziq: kakak anim semalam datang rumah ya?
aku: iye cik ana, kenapa?(pura-pura tidak tahu)
mama Haziq: ada Haziq tak time kakak anim datang?
aku: (dengan slumbernya) ada. kenapa?
mama Haziq: orangnya cik ana cari tak ada, rumah cik adi tak ada, rumah depan pun tak ada, biasanya kalau tidur rumah cik adi pagi-pagi dia balik. ni kok tak balik-balik. cik ana risau.
aku: (bagai mahu pecah perut aku ketawa. Haziq di sebelahku sudah menunjukkan isyarat supaya jangan memberitahu hal yang sebenarnya) ada kat sinilah cik ana....(dengan rase penuh bersalah)
mama Haziq: iye?ya Allah...takut cik ana Haziq kena culik...(lega)
aku: hehehehe.....memang kena culik pun...
mama Haziq: nakal kau ye anim...
aku: hahaha...

begitulah kisahnya..risau habis makcik aku. yang aku peliknya malam tu tak ada pulak dia call.agaknya dia ingat anaknya tidur rumah belakang (rumah cik adi)...tu yang makcik aku slumber aje..

kehkehkehkeh.... aku dah berjaya kenakah makcik aku...syoknyer!!!!