? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.4 (12 Ratings)??1 Grab Today. 17557 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????On The Road Again? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 599 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Don't Fade Aw BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 28, 2009

~hari pertama semester terakhir di UPM~

hari ni merupakan hari pertama aku melangkahkan kaki menuju dewan kuliah pada semester terakhir untuk ijazah sarjana muda aku di UPM. sudah ku jangkakan tugasan yang menanti. baru dua kelas aku masuk sudah berlonggok tugasan aku dapat. semoga semester ini aku mampu selesaikan tugasan dengan baik. selain tugasan aku juga ada banyak pembentangan dalam kelas, hampir setiap minggu rasanya. tapi inilah dunia kampus, tak akan lari dari tugasan, projek ilmiah, pembentangan, tutorial, peperiksaan. semuanya menjadi asam garam dalam kehidupan seorang mahasiswa..  ye,aku juga tersangat risaukan tentang final projek aku yang masih belum terusik. risau rasanya mahu bertemu dengan penyelia projek.

semester akhir ini juga aku ada perancangan mahu menyambung pengajian ke peringkat master, namun aku masih dalam dilema. mahu atau tidak, seandainya aku menyambung kembali pengajian bagaimana keluargaku di kampung? susah nak buat pilihan.nantilah, masih ada masa.

sebenarnya esok aku tak sabar nak ambil slip keputusan peperiksaan semester 5, tadi aku ada tengok kawan seangkatan aku yang sudah mengambil slip tersebut, dan ada catatan "kepujian dekan". upm ni nak capai dekan sakit. 3.75. tinggi bukan? hmmm... alhamdulillah kecemerlangan yang di nanti-nanti. ramai juga teman seperjuangan yang mendapat kepujian dekan ni... antaranya, norihan, maznah, rozana, irma, fairuz, rasanya ramai lagi tapi yang aku tahu itu sahaja. tahniah buat sahabat semua, aku tahu kalian mampu buat yang terbaik.

semoga hari esok adalah hari terbaikku..aminnn...


tiada kaitan dengan entry. hanya kerana aku merindui anak buah kesayanganku ini..huahuahua..