? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.4 (12 Ratings)??1 Grab Today. 17557 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????On The Road Again? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 599 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Don't Fade Aw BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 12, 2009

kejayaanku hari ini kesukaranku di masa lalu

sudah terlalu lama rasanya aku tidak menulis sebarang catatan dalam blog ini. bukan sengaja atau tiada cerita tetapi aku sibuk dengan hal aku sendiri. malas ingin mencatat sebenarnya...:-p. ingin aku berkongsi sedikit kegembiraan untuk catatan pada kali ini. semalam aku baru sahaja melihat keputusan peperiksaan untuk sem 1 sesi 2009/2010. alhamdulillah...aku berjaya mencapai target aku dan aku berjaya melepasi sasaran aku. syukur sangat-sangat kehadrat illahi atas rezeki yang dilimpahkan.

seminggu sebelum keputusan peperiksaan diumumkan aku telah bermimpi tentang mimpi yang tak pernah henti aku mimpikan. mimpinya adalah mimpi menaiki tangga. aku sering kali gagal untuk menaiki tangga untuk sampai ke puncak walau berkali-kali aku cuba. sehingga akhirnya aku tersedar dari mimpi aku berpeluh-peluh, seakan-akan aku benar-benar sukar untuk menaiki tangga tersebut. namun mimpi yang baru aku lalui tentang menaiki tangga, aku berjaya naik dengan mudah sekali. sangat mudah. mungkin inilah tafsiran pada mimpi yang aku alami, aku berjaya mencapai sasaran ku, malah melebihi dari sasaranku, alhamdulillah...

pernah aku kongsikan mimpiku ini dengan insan terhampir denganku, mak aku sendiri. kata mak, mimpi tu bermaksud aku belum boleh berjaya lagi, kena berusaha kuat lagi. hadapi segala rintangan dengan hati yang ikhlas, jangan mengeluh, jangan mengalah, teruskan perjalanan walau banyak halangan yang merintangi perjalanan itu. ya, aku akui hakikat itu.. mungkin juga kejayaan ku kali ini adalah berkat doa semua insan terhampir denganku, mak, tunang, bakal mak mertua dan semua insan yang rapat denganku.

0 comments: