aku dah lama tidak menolong mak di kebun...pagi tadi mak masuk dalam bilik dan mengajak aku ke kebun, membantunya. pada mulanya aku agak berat juga mau pergi, memandangkan aku tidaklah selalu ada di rumah maka aku gagahkan kaki melangkah menemaninya di kebun, membantu sekadar yang aku mampu... dalam aku membantunya, aku sering menatap wajahnya.
tau apa yang aku lihat di wajahnya?
tiada terpancar sikit pun rasa kesal, letih, malas, malah aku lihat mak begitu bersemangat... aku kagum dengan mak aku, masih gagah mengerjakan kebun pusaka arwah nenek seluas 1 ekar. tidaklah luas mana, tapi jika di bandingkan dengan kudrat mak??mujurlah adik-adik aku yang berdua tu turut sama membantu, kalau tidak? mungkin kerana itu jugalah adik-adik ku tidak mahu belajar atau kerja jauh dari mak... baru ku tahu mengapa mereka menolak setiap kali aku menyuruh mereka sambung belajar atau kerja jauh yang lebih bagus..
masih segar di ingatan aku bicara adik bungsuku,
adik: aku nak duduk dengan mak, temankan mak, tolong mak... kau ajelah belajar jauh n kerja bagus. nanti dapat tolong mak lebih cikit kalau da berjaya. aku bukan pandai macam kau..
tuhan, baru ku sedar maksud adik ku kini... namun sekali lagi aku terkesima saat mak mengetahui aku berkawan dengan orang selangor... bukan membantah, tapi seakan kecewa kerana aku bakal berjauhan dengannya tidak lama lagi, lepas aku bertunang, mak seakan redha dengan segalanya.
mak: kalau mak sakit, kau jauh, tapi tak apalah, adik ada, kak nor pun ada...
Sunday, November 22, 2009
penat
Posted by mummy dhia amani at 1:21 PM 1 comments
Labels: mak
Friday, November 6, 2009
nak jadi macam mak...
aku nak jadi macam mak aku...
tabah hadapi dugaan hidup. walau halangan datang melintang pukang dia tetap tabah..
aku nak jadi macam mak aku...
kuat bekerja. mak aku ni setiap hari akan bangun pagi kul 4. lepas solat dia akan ke dapur untuk kemas dapur, masak untuk ayah and adik2 aku (kalau aku kat umah aku yang kena wat.)lepas tu wat sarapan. kul 6.30 pagi mak akan bersiap2 nak g noreh. balik kul 11 lebih cikit. balik2 je mak aku tadah air nak basuh baju. lpas solat zuhur kul 1.45 mak aku siap2 pulak nak g wat peyek umah jiran sebelah..kul 5.30 kadang2 kul 6 petang baru balik. lepas solat asar mak aku belek2 pokok orked kesayangannya.(rumah aku banyak gile pokok orked). malam tido.
aku nak jadi macam mak aku...
slumber aje. mak aku memang sempoi, kain berlubang sebab kene api rokok ayah aku pun mak aku slumber aje p kedai.. siap cakap "apa orang tu nak belikan baru?"
aku jawab,"ceh.."
mak senyum aje...
aku nak jadi macam mak aku...
"banker." adik beradik mak aku kalau tak ade duit mesti datang cari mak aku. pinjam duit. bukan cikit nak pinjam. kadang2 cecah beribu gak la..aku pon kalau tak de duit tepon mak.hehehe.. mak aku kije noreh tu pon kebun orang ngupah aje. wat kuih pun sebulan tak sampai seratus. jadi camne agaknya mak aku leh jadi banker?kompius2...balik nak tanya mak la...huhu..
aku nak jadi macam mak..
baik hati. mak aku tak penah pukul aku adik beradik. kata-kata yang lembut sebagai nasihat pada kami 4 beradik.
aku nak jadi macam mak aku...
sekolah tak tinggi tapi ilmunya banyak. mak aku sekolah sampai darjah 6 aje. tapi masalahnya aku ni da sampai upm. camne?
banyak lagi yang aku nak jadi macam mak aku...segala2nya aku nak macam mak aku. aku rasa mak aku begitu sempurna. ibu yang selayaknya jadi mak aku. terima kasih mak kerana lahirkan aku sebagai anak mak yang paling manje n nakal..hehehe...
Posted by mummy dhia amani at 11:26 PM 2 comments
Labels: mak
Tuesday, November 3, 2009
bahagia atas derita???
aku tahu bukan senang nak senang, tapi bukan susah gak nak susah kan? tapi aku bukanlah bergantung hidup cuma kalau dah ada yang sudi nak membantu tak kan aku nak tolak?orang kata rezeki masing-masing. dah bahagian aku dapat cam tu tak kan orang nak persoalkan?
tapi kenapa orang persoalkan?apa masalahnya?mmmm..hanya mereka yang berkenaan je yang tau kan? tak apalah asalkan aku tak ganggu mereka sudah. cuma... andainya kebahagiaan yang aku dapat ni buat orang lain berduka, aku mintak maaf.. aku rasa setakad ni aku belum lagi mencipta bahagia atas derita orang lain.
tentu sakit kalau bahagia yang tercipta itu adalah di atas penderitaan orang lain. kerana aku pernah merasainya dulu. cuma mungkin bahagia yang aku ada sekarang aku dah terciptakan derita pada seseorang. tapi aku dah mintak maaf dan orang tu pun dah maafkan dan dah jadi kawan aku sekarang. antara kami tiada lagi sengketa. dia pun dah boleh terima siapa aku.
jadi, persoalnya sekarang ada lagi ke mereka yang menderita atas bahagia yang aku cipta?bukankah sepatut mereka turut tumpang bahagia melihat aku bahagia? entahlah.. aku pun tak tau...
Posted by mummy dhia amani at 5:59 PM 2 comments
Labels: mak
Saturday, October 31, 2009
terlerai sudah.....
aku sekarang ni kat kampung. lepas dah rindu aku pada mak aku yang tersayang. rindu pada anak-anak buah pun terlerai sudah. begitu juga dengan rinduku pada sepupu-sepupu ku... aku jumpe dorang semalam. rasanya tak nak aku lepaskan pelukan mereka padaku. tapi apakan daya aku..
esok mungkin aku balik upm semula. tengok keadaan jugak. tapi aku sangat bahagia di sini. bersama insan-insan yang tersayang dan tercinta. rasa macam tak nak balik. tak apalah..lagi dua minggu final nak abis. abis je final aku nak bawa mak adik n akak aku jalan-jalan kl. dorang kata dorang nak jemput aku kat upm. bahagianya. tak yanglah aku balik nek bus kan..kan..kan..
malam tadi aku jumpe sepupu n anak buah aku kat umah pakcik aku. bukan main suka dorang tengok aku datang merempit dgn anak buah aku si mamal tu. si izzah pun sampai tak cukup mulut nak bercerita tentang sekolahnya pada aku. sekolah pasti. tumpang aje pun. katanya dia tengah periksa. bila aku tanya kat mak dia, mak dia kata tak pun, dia yang nakal. sebabnya bagi jawapan kat budak lain yang tengah jawab exam. nakal betol si izzah tu..
tapi aku memang tak kering gusi melihat dia. seronok sangat. rasa hilang semua stress aku study. terasa aku nak join sekali si izzah mamal ngn wani main cikgu-cikgu. kalaka. dulu aku mana penah main cikgu-cikgu. aku reti godak parit aje. main basikal, mancing. tu la kije aku ngn sepupu aku si joy tu.
cerita pasal joy, baru aku tau dia tu join askar wataniah. tak apalah joy, da ko minat. eh macam-macam cerita la aku dapat bila balik kg ni. tak sudah kang aku cerita.mak aku cerita macam-macam kat aku. akak aku pon sama. cerita seram pun ada. nanti ada senang aku story..
Posted by mummy dhia amani at 5:24 PM 0 comments
Labels: mak
Monday, October 26, 2009
rindu sangat-sangat...
dunia aku malam ni kosong sangat... aku terlalu rindukan kanak-kanak yang selalu mengisi masa sunyiku, yang selalu membuat aku ketawa, aku terlalu rindukan kalian... andai aku punya sayap dah lama dah aku terbang bertemu kalian semua...
rindunya...mamal, zura, cik anim rindu sangat kat korang..
izzah, kak anim rindu sangat dengan keletah manja izzah..
anak-anak di taska kampus anak bestari, teacher rindu sangat kat kalian, mesti korang dah pandai membaca sekarang. buat nur syaza alia, maaf andai teacher hilang tanpa pengetahuan syaza, teacher terpaksa...
hafiz, cik anim rindu dengan jelingan manja hafiz...
argh...kalian selalu mengusik kalbuku, kalian selalu buat aku kerinduan..
terasa lama masa berlalu... kenapa budak-budak tu semua yang aku rindukan???
Posted by mummy dhia amani at 10:16 PM 4 comments
Labels: mak
Sunday, October 25, 2009
kenangan lalu menjelma lagi
makin dekat hari nak exam aku rasa makin rindu sangat kat mak aku tu...selalunya kalau aku nak exam mak akan temankan aku study. malam-malam mak akan kejutkan aku untuk bangun solat hajat dan study..mak selalu akan temankan sampailah aku abis study.. dah lima sem masuk sem ni mak tak lagi tamankan aku..sedih..dari aku sekolah rendah sampai form 6 mak temankan aku study..tapi aku tau mak aku tentu temankan aku dari jauh...nun jauh di kampung...
setiap sem bila aku study malam aku mesti teringatkan mak,menitik airmata aku...kadang-kadang mak tak adalah temankan aku study duduk sebelah, biasanya dia akan buat kerja lain, basuh baju ke, kemas ke, solat ke, mengaji ke, tapi dia pasti tak akan biarkan aku berjaga sorang-sorang untuk study...argh!!! rindunya aku kat mak... terasa ingin ku panggil mak untuk temankan aku study skrg ni...!!!
Posted by mummy dhia amani at 11:01 AM 2 comments
Labels: mak
Friday, October 16, 2009
hampa, gembira, sedih...
aku cam tak ada apa-apa perasaan hari ni. entahlah, aku pun tak tahu kenapa.. mungkin sebab semalam aku punya penyelia suruh aku edit semula penyataan masalah aku.aku tukar novel sebenarnya. mula-mula aku tunjuk novel dulu, dia suka dengan novel yang aku dah pilih, alih-alih dia tukarkan tajuk aku pulak.. nak tau tajuk apa? EKSPRESI DAN INTEPRETASI MASYARAKAT DALAM NOVEL MENITI JALAN HADAPAN... aduiii...wat proposal semula lagi la jawapannya...
tak apalah.. semua tu ada hikmahnya kan? mungkin ni kot tanda-tanda kejayaan.. aminnn..insya allah..
tengahari nanti aku kena pegi rumah bakal mak mentua aku...semalam dia call aku suRUh aku datang rumahnya. tolong dia masak.. oklah aku tolong, lagipun si manje, anak perempuan satu-satunya ada class..aku bukanlah pandai sangat memasak, tapi kalau tolong-tolong tu bolehlah.. kenalah jaga hati orang tua.. nak buat open house katanya. ok la tu, aku balik rumah dia dengan harapan terlepaslah rindu aku kat mak aku di kampung. maybe lepas majlis rumah tunang aku tu, aku akan balik ke rumah aku pulak kot. kesian mak aku...
atleast, bila aku balik kampung ni walaupun sekejap aku dapatlah meringankan bebanan kerja mak aku sikit. aku kesian sangat kat mak aku tu.. sekarang ni dia saja yang mencari nafkah untuk tanggung keluarga. mujur adik lelaki aku dah kerja dan dapatlah membantu mak sikit-sikit. cuma adik aku tu pulak ada tanggungan jugak. VIVA dia tu sapa nak bayar????
aku tahu mak sangat tabah.. tapi dari riah wajahnya aku pasti dia dah tak larat nak kerja..nak buat camne adik bungsu aku sekolah lagi. tak apalah, aku ni mak tak payah la nak risau lagi,ptptn ada, tunang aku pun paham keadaan aku, kadang-kadang dia la yang bantu aku time aku kat upm ni..family dia pun sangat memahami..
sedih pulak pagi-pagi ni cerita pasal mak, aku sensitif sikit kalau bab-bab mak ni. cepat sangat air mata mengalir... tapi aku kena siapkan segala tugasan aku sebelum aku balik. nanti tak adalah duk terbayang-bayang aje kerja yang belum siap. kan?
cayok!!!cayok!!cayok animm!!!
Posted by mummy dhia amani at 8:06 AM 5 comments
Labels: mak