? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.4 (12 Ratings)??1 Grab Today. 17557 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????On The Road Again? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 599 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Don't Fade Aw BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 30, 2009

culik

petang tadi aku pegi rumah pakcik aku, adik mak aku. kononnya nak minta kelapa, sebab kat rumah dah tak ada kelapa. tapi datang-datang kat umah tu tak ada orang. ada anaknya sorang aje.. tunggu punya tunggu tak balik jugak makcik n pakcik aku ni, apa lagi aku ngn mak aku pun merancang untuk menculik anaknya yang ditinggalkan di rumah sendirian. dah la rumah kunci macam mana la nak masuk..kehkeh..mesti kelam kabut macik aku n pakcik aku mencari anaknya nanti. aku tinggal gelak aje...

budak tu pun sporting je..layan je rancangan aku n mak aku..hahaha...
tak sabar nak tunggu kisah selanjutnya... mesti kelam kabut punya lah...aku kompom...

Tuesday, November 24, 2009

bertunang

kisahnya bermula di awal tahun 2009, malam 1 januari aku dan tunangku berkenalan. atas khidmat seorang teman baik, kami berkawan.. lama-kelamaan hati mulai terpaut. tidak sampai 3 bulan aku dan tunangku rasmi sebagai pasangan kekasih. seperti pasangan lain kami bahagia,tiada halangan dari kedua belah keluarga, malah keluarganya begitu menyayangi aku.

sehinggalah meraka masuk meminang aku untuk anak lelakinya, pada 13hb. 6. 2009 setelah 6 bulan kami berkenalan aku rasmi menjadi tunangan orang.. alhamdulillah... semoga Allah permudahkan jodoh antara kami berdua. aminnn..

saat-saat terindah yang pernah aku lalui sepanjang hidupku...bahagia yang ku rasa ada di mana-mana. di sekeliling duniaku bunga-bunga cinta mekar indah, tiada ungkapan yang lebih bermakna yang dapat menandingi kebahagiaan dan keindahan dalam hidupku...kini aku menanti detik yang lebih bahagia dalam hidupku..hari pernikahanku..
kami sedang merancang tarikh yang sesuai untuk kami disatukan kelak. semoga tiada halangan yang akan datang menangguhkan hari bahagia kami nanti...


buat semua blogger...doakan kebahagiaan kami...

Sunday, November 22, 2009

penat

aku dah lama tidak menolong mak di kebun...pagi tadi mak masuk dalam bilik dan mengajak aku ke kebun, membantunya. pada mulanya aku agak berat juga mau pergi, memandangkan aku tidaklah selalu ada di rumah maka aku gagahkan kaki melangkah menemaninya di kebun, membantu sekadar yang aku mampu... dalam aku membantunya, aku sering menatap wajahnya.

tau apa yang aku lihat di wajahnya?

tiada terpancar sikit pun rasa kesal, letih, malas, malah aku lihat mak begitu bersemangat... aku kagum dengan mak aku, masih gagah mengerjakan kebun pusaka arwah nenek seluas 1 ekar. tidaklah luas mana, tapi jika di bandingkan dengan kudrat mak??mujurlah adik-adik aku yang berdua tu turut sama membantu, kalau tidak? mungkin kerana itu jugalah adik-adik ku tidak mahu belajar atau kerja jauh dari mak... baru ku tahu mengapa mereka menolak setiap kali aku menyuruh mereka sambung belajar atau kerja jauh yang lebih bagus..

masih segar di ingatan aku bicara adik bungsuku,
adik: aku nak duduk dengan mak, temankan mak, tolong mak... kau ajelah belajar jauh n kerja bagus. nanti dapat tolong mak lebih cikit kalau da berjaya. aku bukan pandai macam kau..

tuhan, baru ku sedar maksud adik ku kini... namun sekali lagi aku terkesima saat mak mengetahui aku berkawan dengan orang selangor... bukan membantah, tapi seakan kecewa kerana aku bakal berjauhan dengannya tidak lama lagi, lepas aku bertunang, mak seakan redha dengan segalanya.
mak: kalau mak sakit, kau jauh, tapi tak apalah, adik ada, kak nor pun ada...



tabahnya mak aku...mak..akak akan cuba lakukan yang terbaik untuk keluarga kita, untuk kehidupan kita, akak abis belajar nanti akak bantu mak sedayanya. nanti mak tak payahlah noreh, n buat kuih lagi, duk umah dan belai-belai saja bunga orked mak yang banyak tu..hehehe.. insya Allah...

Saturday, November 21, 2009

kad jemputan

hahahaha..jangan terkejut pembaca-pembaca...bukan kad jemputan aku ok..aku sekadar jadi kerani menulis nama pada kad jemputan sahaja...syok memang ayok, tapi penatnyer....satu-satu nama kena tulis..kesian kat makcik tu..tapi sebagai balasan aku telah dipelawa mengantar pengantin anaknya ke kedah..dapat org kedah katanya. berjalan sakan la aku ngn mak aku nanti...hikhik...

katanya 5hb 12 nanti... jadi tunggu keputusan rasmi sahaja la aku n mak aku ni...aku tak pernah lagi sampai ke kedah..perak da dampai da..tu pon kat manjung je..sebab pakcik aku ada kat sana. jadi dapatlah aku melepak sekejap kat sana...sekarang ke kedah.sapa tak nak pergi kan?hehehe..free pulak tu..bestnya...

kad jemputan yang aku duk isi namanya tadi lawa sangat.. nanti aku sempat aku uploadkan gambarnya..masih dalam hp lg...

line clear

akhirnya aku boleh membuka tenet di rumah aku sendiri..tu la, sebenarnya sebelum ni tak nak berusaha cari port yang baik..sekarang aku dah jumpa dah port baik punye..hikhik... pagi sabtu ni aku tak tau nak buat apa. semua kerja da aku siapkan, mengemas rumah, masak tengahari, jemur baju, kemas dapur, semuanya aku dah settlekan. dek kerana dah terlalu bosan maka aku pun mencuba untuk membuka tenet kat rumah, mula-mula memang payah, tapi lama-lama aku duk mencari-cari port paling strategik sekali dan aku pun bertemulah kawasannya..hahaha.






sambil online aku dengarlah radio..layan lagu-lagu jiwang kat muzik fm...syok gak..tenang je aku rasa sekarang..aman damai gitu..ekekeke...

sekarang mak aku lum balik dari menoreh lagi..so aku tak adalah kawan nak bersembang.tunggu sampai mak aku balik..kesian mak aku kan..tentu penat..tapi takpe..nanti dia balik mesti tenang sebab rumah da kemas, dapur da clear, aku punda siap masak. so dapatlah aku melapangkan sikit fikiran mak aku kan..alhamdulillah...ni jelah yang mampu aku lakukan untuk mak aku.. love you mak.. muaaahhhh...

Friday, November 20, 2009

20 sen

semalam aku jumpa sepupu kesayangan aku izzah...comelnya dia..rindu sangat aku padanya..tiada apa yang membahagiakan aku kat kampung selain menatap wajah-wajah insan kesayangan hamba...cewah...

si kecil izzah kini menginjak usia 5 tahun..semakin nakal, semakin pandai, semakin cerdik, semakin banyak cakap...semalam ada sahaja yang ingin di ceritakannya pada aku. antaranya cincin yang dibelinya di kedai yang berhampiran dengan rumahnya..katanya cincin tunang.. wawawa..lucunya..

izzah: kakak anim.. kakak anim, izzah ada cincin tunang tau..ingat kakak anim sorang aje ke yang                           ada..
aku: ye ke..tengok?
izzah menyerahkan cincinnya...
aku: wah...cantiknya..emas putih..wape ribu ni zah?
izzah: 20sen..
aku: wakakakakakakaka.....


inilah nurul izzah
adoiii aiiii..izah..izah... ada-ada ajelah ko ni kan...

adik aku

wawawa...setelah sekian lama menyepi hari ini aku mula nak meng update kan blog kesayangan aku ni...hehehe...alhamdulillah, syukur aku masih punya kesempatan untuk berblog lagi... kisah yang ingin aku kongsikan hari ini adalah kisah adik aku yang tengah amik SPM

sekarang ni dia tengah menduduki peperiksaan SPM. aku yang cuak dengan adik aku..adik aku ni bukanlah pandai sangat dalam pelajaran, so aku teramatlah risau dengan keadaan adik aku tu..tah lulus tah tidak...

pagi tadi dia ada class tambahan, hari ni dia kata tak ada paper katanya...aku tengok adik aku tu...tabahnya dia menghadapi paper spm ni..cool aje..tapi tak tau pulak hati dia macam mana kan? rupa-rupanyakan adik aku yang paling kecil ni dah semakin menginjak ke alam dewasa. dah besar rupanya adik aku ni.. dah 17tahun kan..

aku dari dulu sampai pagi tadi masih melihat dia sebagai adik kecil yang tak tahu apa-apa. pagi tadi barulah terbuka pintu hati aku ni untuk mengatakan bahawa adik aku dah semakin dewasa... banyak benda yang dia tanggung sendiri semenjak aku berada di universiti ni...segalanya di pendam sendiri. aku sebagai kakak jarang-jarang meluangkan masa bertanyakan masalahnya dalam pelajaran.. kesian adik aku ni...rasa macam tersisih aje..aku tengok dia pun macam semakin membawa diri...jauh dari famili...

kehidupannya diuruskan sendiri..kadang-kadang aku tengok memanglah aku sedih, tapi aku masih belum mampu membantunya. aku hanya mampu menasihatinya supaya menjawab peperiksaan dengan tenang, buat yang terbaik,..

muka baru bangun tidur..aku curi-curi..wakakaka...
buat adikku.... MUHAMMAD HUSAINI... buat yang terbaik dalam spm...akak doakan kau berjaya....insya Allah...akak akan sentiasa ada di belakang adik...menyokong setiap perjuangan adik... 

Thursday, November 12, 2009

suka sangat!!!!

alhamdulillah...
syukur sgt2..hari ni aku punya pernyataan masalah diterima sedikit walau tidak sepenuhnya..berita baik tu sebanarnya. kn? yelah sebelum ni asyik salah aje,asyik reject je... tukar tajuk la.mcm2 la.. cuma kata dr nik aku kene baiki lagi pernyataan masalah aku tu.. syok sgt..aku cume kene tambah2 lagi aku punya pernyataan masalah tu..hehehe..aku hepi sgt..

so nanti aku nak baiki semula dan aku akan hantar pada dr nik mayb naik sem nanti...semoga segalanya berjalan dengan lancar.

dan lagi satu penulis novel yang aku kaji tu pun teramat sudi utk membantu aku apa2 yang aku perlukan dlm menyiapkan projek aku tu..
alhamdulillah... syukur sgt2...

Tuesday, November 10, 2009

lelaki 81 tahun membunuh isterinya

aku tak paham dengan dunia sekarang. salah kit nak bunuh, geram kit nak tikam, tu tak campur lagi dengan kes bunuh bayi, buang bayi, tanam bayi..hailah..dunia..dunia...

pagi tadi aku bace paper, seorang lelaki berusia 81tahun telah menikam isterinya yang berusia 73 tahun disebabkan geram kerana si isteri meminta cerai darinya.. lagi berita: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20091109233752/Article/index_html

agknya si suami ni tak sempat nak bunuh dirinya sendiri sebab org kmpung da tangkap dia. katanya "mai mati sama-sama" tu yg dia bunuh isterinya tetapi tak sempat nk bunuh dirinya sendiri...

tapi mungkin juga si suami ni ada sebabnya yang tersendiri kot... tapi perbuatannya adalah tersangat kejam. membunuh tu.. apalah nak jadi dengan dunia sekarang kan? dunia akhir zaman..jika dilihat tanda-tanda kiamat semakin banyak.. bila lagi la kita2 ni nak insaf... masya Allah...

Monday, November 9, 2009

komitmen

bagaimana lagi untuk aku ungkapkan rasa yang teramat bahagia ini? aku tahu dia masih menanti jawapan yang paling pasti dalam hidupnya. aku sendiri masih lagi sambil lewa. tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap hubungan kami. adakah ini sebabnya kenapa dia sering bertanyakan keseriusan aku terhadap hubungan ini?

alasan yang sering aku berikan adalah aku masih belajar. adakah belajar itu masih releven untuk dijadikan sebagai alasan? katanya aku ini seperti ingin mempermainkan perasaannya. tapi sejujurnya aku teramat sayangkan dia. hidupku akan kosong tanpa kehadirannya.

aku hanya akan berkata biarlah takdir jadi penentu... katanya aku seperti berputus asa..mmmm...betul juga..tapi bagaimana lagi hendak aku ucapkan??

indah pada waktunya

kau lihat aku di sini seutuhnya
sendiri merasa bahagia keranamu
setelah air mata kehilangan dan juga kecewa
kini hanya satu yang ku percaya

kau membuatku bahagia
jika memang ini saatnya
mimpiku akan menjadi nyata
ku percaya kuatnya cinta
semua akan menjadi indah pada waktunya

hadirmu semangat jiwaku karenamu
kelembutan cintamu semua jawapan yang kudambakan
kini hanya satu yang ku percaya
kau membuatku bahagia

dan takkan ada kata-kata
jangan sembunyikan
perasaanmu saat ini

rumah mentua @ rumah sendiri

kalau aku da nikah ngn tunang aku kang aku nak duk umah sendiri ke umah mertua?

KENAPA nak duk umah sendiri?
KENAPA tak duk umah mertua?

adui..tak reti aku nak menjawabnya...
mana lagi elok?umah sendiri ke umah mertua?

happy

Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita

Mari kita berganding dengan tangan
Jauhkan segala peperangan
Kita cipta irama
Di dalam melodinya
Kita nyanyi bersama

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!………………….
Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!………………….
Happy!!

Hakikat dia sementara saja
Kembalikan ke waktunya

Sunday, November 8, 2009

3-1

yeah!!!!
akhirnya negeri sembilan monang jugak..tahniah2 buat pemain n.9..
to Shahurain Abu Samah, Hairuddin Omar dan Zaquan Adha Abdul Radzak atas jaringan yang membuatkan negeri menang 3-1.

buat kelantan, cuba lagi piala malaysia tahun depan..setelah 61 tahun
menanti akhirnya negeri sembilan berjaya menjuarai piala malaysia selepas menang kali pertama pada 1948..

apa2 pun tahniah buat n.9..

Saturday, November 7, 2009

TERUJA stadium bukit jalil

hari ni aku kuar ngn tunang aku. aku nak makan nasi kukus kat R&R awan besar kat hyway kesas... sedap tau makan nasi kukus kat situ. so nak ke kesas lalu la depan stadium bukit jalil, aku pulak jadi teruja nak masuk stadium nak tengok perlawanan bola sepak antara kelantan ngn n.9. nilah pengalaman aku yang pertama berdepan dengan suasana perlawanan bola sepak, final piala malaysia lagi!!teruja gile... tapi tunang aku tak suka tengok bola. so aku kempunan, lalu ajelah dpn stadium tu..huhuhuhu...

tak apalah yang penting aku dapat tengok macamana suasana penyokong2 bola sepak klntn n n.9 berasak-asak masuk dlm stadium... aku sgt teruja. teringin sgt nak masuk.. tapi apakan daya.. cuaca pun mcm tak mengizinkan aje.kan hujan petang td. tak apalah.. aku tengok dorang pon aku da cukup teruja...

teruja gilelah... bak tunang aku cakap, "syg dah sawan da ni.." aku gelak aje..sebab aku sgt teruja..pengalaman pertama tu. slalu aku tengok kat tv aje....

Friday, November 6, 2009

nak jadi macam mak...

aku nak jadi macam mak aku...
tabah hadapi dugaan hidup. walau halangan datang melintang pukang dia tetap tabah..

aku nak jadi macam mak aku...
kuat bekerja. mak aku ni setiap hari akan bangun pagi kul 4. lepas solat dia akan ke dapur untuk kemas dapur, masak untuk ayah and adik2 aku (kalau aku kat umah aku yang kena wat.)lepas tu wat sarapan. kul 6.30 pagi mak akan bersiap2 nak g noreh. balik kul 11 lebih cikit. balik2 je mak aku tadah air nak basuh baju. lpas solat zuhur kul 1.45 mak aku siap2 pulak nak g wat peyek umah jiran sebelah..kul 5.30 kadang2 kul 6 petang baru balik. lepas solat asar mak aku belek2 pokok orked kesayangannya.(rumah aku banyak gile pokok orked). malam tido.

aku nak jadi macam mak aku...
slumber aje. mak aku memang sempoi, kain berlubang sebab kene api rokok ayah aku pun mak aku slumber aje p kedai.. siap cakap "apa orang tu nak belikan baru?"
aku jawab,"ceh.."
mak senyum aje...

aku nak jadi macam mak aku...
"banker." adik beradik mak aku kalau tak ade duit mesti datang cari mak aku. pinjam duit. bukan cikit nak pinjam. kadang2 cecah beribu gak la..aku pon kalau tak de duit tepon mak.hehehe.. mak aku kije noreh tu pon kebun orang ngupah aje. wat kuih pun sebulan tak sampai seratus. jadi camne agaknya mak aku leh jadi banker?kompius2...balik nak tanya mak la...huhu..

aku nak jadi macam mak..
baik hati. mak aku tak penah pukul aku adik beradik. kata-kata yang lembut sebagai nasihat pada kami 4 beradik.

aku nak jadi macam mak aku...
sekolah tak tinggi tapi ilmunya banyak. mak aku sekolah sampai darjah 6 aje. tapi masalahnya aku ni da sampai upm. camne?

banyak lagi yang aku nak jadi macam mak aku...segala2nya aku nak macam mak aku. aku rasa mak aku begitu sempurna. ibu yang selayaknya jadi mak aku. terima kasih mak kerana lahirkan aku sebagai anak mak yang paling manje n nakal..hehehe...

cerewet

kenapa perempuan ni cerewet?
serba sebi cerewet.
itu tak kena
ini tak kena
itu salah
ini salah
ape kes???
kadang-kadang makan pun cerewet kn?pilih lauk, belek2 lauk, tgok lauk, pah tu baru la nak amik nasi, amik nasi pun kadang-kadang da bubuh keluarkan balik,masuk balik(dalam pinggan), kurangkan cikit, tambah lagi. hailah..
nak pakai baju p kuliah pun pilih kadang-kadang berjam-jam.
itu tak cantik.ini seksi. itu jarang, ini ketat. waaarrrggghhh...
macam-macam..
itu belum lagi rumah bersepah, pinggan tak basuh, ...
so apa komen orang pompuan tentang hal ni.
aku pun pompuan gak so komen aku...
"da tuhan jadikan pompuan cam ni, nak wat cam ne..ye tak??"

air free

best duk selangor...air free..tapi tadi aku baca paper tajuknya OPERASI POTONG AIR apa dah jadi...? disebabkan air free dan if kena byar pun tak banyak maka ramailah penduduk di sekitar selangor dan kuala lumpur yang tidak menjelaskan bil-bil tertunggak.. hailah...dah bagi free 20liter padu pun masih tak nak byar ke?alasan mereka bayaran yang sedikit dan tak berbaloi tunggu lama di pejabat pos….hmmm..apa kata orang selangor dan kuala lumpur tentang hal ni???

inilah sikap kitakan? dah bagi betis nak peha pulak.. sepatutnya bersyukurlah dengan apa yang kita dapat. tengok negeri lain ada dorang dapat mcm selangor dapat? fikir-fikirkanlah..

kisah aku.. :)

satu hari aku meminta pada Allah supaya memberikan aku panas mentari supaya, panas mentari itu dapat mengeringkan luka di hati aku. tapi Allah memberikan aku mendung yang tersangat gelap. guruh yang berdentum kuat memeranjatkan aku dari khayal yang panjang. hujan turun dengan lebatnya. tapi hujan lebat tu sekejap aje... selebihnya gerimis yang seumpama manik-manik mutiara yang turun dari langit.

aku terdiam, mengapa Allah menarik cahaya matahari yang aku inginkan? mengapa Allah memberikan aku mendung dan hujan? rupanya Allah itu lebih mengetahui Allah sangat pemurah, senja itu, Allah memberikan aku sejalur garis pelangi yang tersangat indah. Allah memberikan aku tujuh warna pelangi bagi mewarnai hidupku.. hidupku menjadi ceria, seceria warna pelangi.

sehingga kini warna pelangi itu masih indah dalam langit hidupku. semoga pelangi itu tidak akan hanya seketika datangnya. walau pada hakikatnya pelangi hadir hanya untuk seketika....

Wednesday, November 4, 2009

apa nak jadi?

lepas dah paper yang ke tiga. so ada lagi dua paper. jatuhnya pada hari khamis dan jumaat 12-13hb 11 2009. lama lagi tu..apa nak buat? siapkan assigment la pun kan..dah la tak siap-siap lagi. slumber aje aku ni..apa nak jadi ni?anim..anim..

so mulai sekarang aku nak buat kerja aku yang tak siap-siap tu..huhuhu.. harap-harap esok aku dah boleh submit dah assigment aku tu..

Tuesday, November 3, 2009

bahagia atas derita???

aku tahu bukan senang nak senang, tapi bukan susah gak nak susah kan? tapi aku bukanlah bergantung hidup cuma kalau dah ada yang sudi nak membantu tak kan aku nak tolak?orang kata rezeki masing-masing. dah bahagian aku dapat cam tu tak kan orang nak persoalkan?

tapi kenapa orang persoalkan?apa masalahnya?mmmm..hanya mereka yang berkenaan je yang tau kan? tak apalah asalkan aku tak ganggu mereka sudah. cuma... andainya kebahagiaan yang aku dapat ni buat orang lain berduka, aku mintak maaf.. aku rasa setakad ni aku belum lagi mencipta bahagia atas derita orang lain.

tentu sakit kalau bahagia yang tercipta itu adalah di atas penderitaan orang lain. kerana aku pernah merasainya dulu. cuma mungkin bahagia yang aku ada sekarang aku dah terciptakan derita pada seseorang. tapi aku dah mintak maaf dan orang tu pun dah maafkan dan dah jadi kawan aku sekarang. antara kami tiada lagi sengketa. dia pun dah boleh terima siapa aku.

jadi, persoalnya sekarang ada lagi ke mereka yang menderita atas bahagia yang aku cipta?bukankah sepatut mereka turut tumpang bahagia melihat aku bahagia? entahlah.. aku pun tak tau...