? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.4 (12 Ratings)??1 Grab Today. 17557 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????On The Road Again? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 599 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Don't Fade Aw BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 31, 2009

terlerai sudah.....

aku sekarang ni kat kampung. lepas dah rindu aku pada mak aku yang tersayang. rindu pada anak-anak buah pun terlerai sudah. begitu juga dengan rinduku pada sepupu-sepupu ku... aku jumpe dorang semalam. rasanya tak nak aku lepaskan pelukan mereka padaku. tapi apakan daya aku..

esok mungkin aku balik upm semula. tengok keadaan jugak. tapi aku sangat bahagia di sini. bersama insan-insan yang tersayang dan tercinta. rasa macam tak nak balik. tak apalah..lagi dua minggu final nak abis. abis je final aku nak bawa mak adik n akak aku jalan-jalan kl. dorang kata dorang nak jemput aku kat upm. bahagianya. tak yanglah aku balik nek bus kan..kan..kan..

malam tadi aku jumpe sepupu n anak buah aku kat umah pakcik aku. bukan main suka dorang tengok aku datang merempit dgn anak buah aku si mamal tu. si izzah pun sampai tak cukup mulut nak bercerita tentang sekolahnya pada aku. sekolah pasti. tumpang aje pun. katanya dia tengah periksa. bila aku tanya kat mak dia, mak dia kata tak pun, dia yang nakal. sebabnya bagi jawapan kat budak lain yang tengah jawab exam. nakal betol si izzah tu..

tapi aku memang tak kering gusi melihat dia. seronok sangat. rasa hilang semua stress aku study. terasa aku nak join sekali si izzah mamal ngn wani main cikgu-cikgu. kalaka. dulu aku mana penah main cikgu-cikgu. aku reti godak parit aje. main basikal, mancing. tu la kije aku ngn sepupu aku si joy tu.

cerita pasal joy, baru aku tau dia tu join askar wataniah. tak apalah joy, da ko minat. eh macam-macam cerita la aku dapat bila balik kg ni. tak sudah kang aku cerita.mak aku cerita macam-macam kat aku. akak aku pon sama. cerita seram pun ada. nanti ada senang aku story..

Thursday, October 29, 2009

?????apa?????

alhamdulillah...hari ni aku da abiskan dua paper. jadi aku ada lagi tiga paper yang jatuh pada 4hb, 12hb, dan 13hb 11.daji aku cadang nak balik kg lepaskn rindu kan famili aku n anak-anak buah serta sepupu-sepupu aku. semalam adik aku call, dia kata si izzah tu duk tanya mana kakak anim. bile nak balik. rupanya memang mereka pun rindukan aku. kakak aku juga ada sms yang si mamal tu pun bertanyakan bila aku nak balik. sabarlah wahai mamal n izzah cik anim/kak anim akan balik petang ni insya allah..

untuk exam td alhamdulillah aku boleh menjawabnya. tak la susah sangat soalannya. jawapannnya aje yang payah sikit. hehehe.. tapi tak apalah aku dah berusaha yang terbaik. jadi tinggal berserah dan bertawakal sajalah. study untuk next paper plak...

tapi aku geram dengan kawan aku yang baik ni, dia da pinjam aku punye note dia tak pulang. panas aje. nak bungkus tempe ke note aku tu? lama dah dia pinjam. tapi sampailah hari exam tadi dia tak pulang pun.. hemmm...kalau korang yang kena macam aku korang panas tak?geram tak? mungkin tak kot. aku je yang panas ni...hehehe..tak pelah. biarlah... aku tak dpt jawab pun tak apalah asalkan dia dapat jawab, kn?

mmmmmm......~~~~~~~~~

Wednesday, October 28, 2009

kuasa kita

tiada apa yang mustahil dalam hidup ni kan?hanya usaha kita yang penting..

D = Doa
U = Usaha
I = Ikhtiar
T = Tawakal

aku perlu tabah hadapi semua dugaan dan cabaran yang mendatang demi kejayaan yang menanti aku di hadapan jalan yang sedang aku lalui sekarang...semoga jalan yang aku pilih ni tidak la terlalu sukar untuk di lalui. semoga tiada halangan yang melintang pukang yang menghalang perjalanan ku yang jauh ini..

aku sudah puas melalui pelbagai macam derita dan kesusahan...semoga lepas ni laluan hidupku adalah semudah impianku...insya allah.. tapi aku hanya mampu merancang, namun ketentuan tuhan tidak dapat aku elakkan. tapi aku masih mampu merubahnya dengan doa.. ya..kuasa doa... doa adalah senjata kita untuk merubah segalanya.. hanya doa..

Tuesday, October 27, 2009

baby baru...

tadi sepupu aku ym kt aku dia kata dia dah dapat sorang lagi anak buah..lelaki..semalam katanya kak ina tu bersalin..bestnya...anak buah dia dah sepasang sekarang. yang sorang tu pun lahir time bulan puasa hari tu kalau tak silap akua l. rasa cam nak balik umah makcik aku kat gombak aje tengok baby..hehehe

tapi aku nak blik kg la hujung minggu ni...tak apelah..nanti sebelum aku cuti sem aku balik gombak tengok baby tu..mesti comel kn?

Monday, October 26, 2009

rindu sangat-sangat...

dunia aku malam ni kosong sangat... aku terlalu rindukan kanak-kanak yang selalu mengisi masa sunyiku, yang selalu membuat aku ketawa, aku terlalu rindukan kalian... andai aku punya sayap dah lama dah aku terbang bertemu kalian semua...

rindunya...mamal, zura, cik anim rindu sangat kat korang..
izzah, kak anim rindu sangat dengan keletah manja izzah..
anak-anak di taska kampus anak bestari, teacher rindu sangat kat kalian, mesti korang dah pandai membaca sekarang. buat nur syaza alia, maaf andai teacher hilang tanpa pengetahuan syaza, teacher terpaksa...
hafiz, cik anim rindu dengan jelingan manja hafiz...
argh...kalian selalu mengusik kalbuku, kalian selalu buat aku kerinduan..

terasa lama masa berlalu... kenapa budak-budak tu semua yang aku rindukan???

blah la!!!

segalanya sudah aku bantu, meringankan bebannya, memudahkannya tapi kenapa mereka tak mahu membantu aku pulak?aku pelik la..jangankan nak berterima kasih, nak tolong pun kadang-kadang payah. bukan nak berkira tapi aku pun bukannya kaya sangat. dah sama-sama. apalah salahnya buat pun kita sama-sama gak.. ni nak semua aku.. aku tak pahamlah.. tak cukup baik ker aku ni? apa korang ingat aku ni kuli batak korang? blah la!!!!!!!

Sunday, October 25, 2009

cam hampa je....

petang tadi tunang aku call dia kata... cam tak jadi je wat kitty dalam kereta kancil putih yang akan di tukar cat biru myvi baru tu... frust gak la aku ni..huhuhu... kata dia ada masalah tentang kereta yang dia beli tu. mmmmm....so dia nak jual kereta kancil putih tu pada orang lain.. pah tu dia kata nak wat kitty dalam kereta purple dia tu... masalahnya kereta tu warna purple...macam tak berapa nak cantik la.. entahlah.. layan ajelah.. kereta dia pun, aku cuma minat aje..

apa-apa ajelah.. aku on aje.. tapi kereta kitty yang aku idam-idamkan tak menjadi. jadi tu jadilah juga, tapi lain la dari yang dibayangkan. warna kereta purple set dalam kereta set kitty warna pink. lawa ker??????tak pelik ker?????

kenangan lalu menjelma lagi

makin dekat hari nak exam aku rasa makin rindu sangat kat mak aku tu...selalunya kalau aku nak exam mak akan temankan aku study. malam-malam mak akan kejutkan aku untuk bangun solat hajat dan study..mak selalu akan temankan sampailah aku abis study.. dah lima sem masuk sem ni mak tak lagi tamankan aku..sedih..dari aku sekolah rendah sampai form 6 mak temankan aku study..tapi aku tau mak aku tentu temankan aku dari jauh...nun jauh di kampung...


setiap sem bila aku study malam aku mesti teringatkan mak,menitik airmata aku...kadang-kadang mak tak adalah temankan aku study duduk sebelah, biasanya dia akan buat kerja lain, basuh baju ke, kemas ke, solat ke, mengaji ke, tapi dia pasti tak akan biarkan aku berjaga sorang-sorang untuk study...argh!!! rindunya aku kat mak... terasa ingin ku panggil mak untuk temankan aku study skrg ni...!!!

Saturday, October 24, 2009

something wrong somewhere

pagi-pagi lagi aku dah bangun (lepas rumate aku keluar pergi seminar kat bangquet hall kat upm), aku mandi, kemas bilik, basuh baju, dan sekarang aku menghadap laptop untuk meluahkan lagi apa yang aku rasa dari semalam.

sebenarnya aku dah pun call kampung bertanyakan khabar mereka. alhamdulillah,ayah aku yang jawab, katanya semua sihat belaka. cuma... dia tanya aku, "akak bila nak balik lagi?" ye, aku pasti ayah merindui anak-anaknya. di sini bukanlah aku nak mencanang keburukan keluarga, tapi..sekadar bercerita dan berkongsi pengalaman. aku punya keluarga yang besar dengan 10 orang adik beradik. aku anak ke 8. tapi..aku ada 6 orang adik beradik sama ayah n sorang kakak yang sama emak dengan aku. pening? xpe, tak yah risau, tak masuk exam...

nak dijadikan cerita anak-anak ayah aku yang 6 orang tu tersangatlah selalu balik.. aku kesian tengok ayah, mengharapkan kepulangan anak-anaknya. tapi anak-anaknya seperti tidak punya ayah lagi, aku pelik dengan sikap mereka. jangankan nak balik, call pun susah. kesian ayah... sepatutnya di usia emas seperti itu (68tahun) ayah sedang berdamping dengan anak cucunya. tapi entahlah...

pernah disuatu hari, aku yang duk kat serdang ni di tanya oleh abg uda khabar ayah, sedangkan dia duduknya lebih dekat dengan ayah (minyak beku, batu pahat.) aku memang pelik. time tu memang mengamuk la aku, salah ke balik jenguk ayah, bukan jauh sangat, 45 minit je dari rumah dia. hanya kami 4 beradik (dengan kakak yang sama emak), 2orang adik lelaki aku yang memahami situasi yang berlaku.

emak memang tak kata apa, yelah, mereka tu semua anak tiri mak aje. mak tak kisah, kata mak, "asalkan anak-anak mak tak lupakan mak sudah, ingat lagi maknya ni masih hidup." aku sayu sangat bila dengar mak kata cam tu. ayah selalu sorang-sorang. keadaan ayah memang agak teruk, sakit. mak memang sibuk bekerja, pagi menoreh kebun orang, petang goreng rempeyek umah jiran. malam ajelah yang mak ada untuk rehat. bila dah malam, tido, penat. aku yang di sini sayu mengenangkan emak yang juga sudah berusia masih lagi bekerja demi anak-anaknya yang tiga ini termasuk aku. mujur adik bawah aku tu dah kerja, dapatlah dia ringankan sikit tanggungan mak. alhamdulillah, baru kini aku tahu dan mengerti mengapa adik lelaki aku tu tak mahu sambung belajar.

panjangnya citer.hehehehe...sedih lagi citer pasal mak pagi-pagi ni...huhuhu... hah, yang malam tadi aku call mak, aku nak cakap ngn mak, tapi mak tak ada, kata ayah mak keluar ke pasar, beli lauk kot nak masakkan bekal adik aku kije la tu. bila aku call lagi malam sikit tak ada orang jawab, aku risau, tapi aku perlu berfikiran positif. kadang-kadang tepon umah tu bengong. rosak.

sebenarnya, selagi aku tak cakap ngn mak, aku tak kan puas hati, aku dapat rasakan yang mak aku tu ada masalah, nanti tengahari sikit aku call lagi mak aku...sekarang mak tentu kat kebun, noreh...

Friday, October 23, 2009

bila waktu telah berakhir....

Bagaimana kau merasa bangga Akan dunia yang sementara Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi Meninggalkan dirimu Bagaimanakah bila saatnya Waktu terhenti tak kau sadari Masikah ada jalan bagimu untuk kembali Mengulangkan masa lalu Dunia dipenuhi dengan hiasan Semua dan segala yang ada akan Kembali padaNya Bila waktu tlah memanggil Teman sejati hanyalah amal Bila waktu telah terhenti Teman sejati tingallah sepi lagu yang sangat menyentuh hati... menginsafkan diri ku ini... andai satu saat aku pergi...aku akan pergi dengan tenang...

berdebar-debar.......................

kenapa aku berdebar-debar sangat hari ni? aku pun kompius... cam ada yang tak kena aje nak jadi..ya Allah..selamatkanlah semua insan-insan tersayang dalam hidup aku. lindungilah kami dari segala-galanya...aminnn...

Thursday, October 22, 2009

kenangan yang tercipta

kelas multimedia tadi adalah kelas terakhir aku untuk semester ni... dan hari isnin nanti merupakan hari pertama untuk peperiksaan aku. seram sejuk aku dibuatnya. tapi aku ni still macam biasa, slumber aje.. macam tak ada apa-apa.. entahlah aku ni memang macam ni kot. rileks aje, kan?tak kisahlah... apa yang tercipta ialah kenangan indah bersama teman seperjuangan dalam kelas multimedia tadi. seronok sangat tengok kawan-kawan berlakon. hahahaa...sampai sakit pipi aku gelak. kelakar sangat. apa-apa pun tahniah kat kawan-kawan semua kerana berjaya melakukan final projek ni dengan jayanya. sepanjang satu semester kami bersama banyak kenangan indah yang tercipta, pahit manis, suka duka.semoga semuanya dalam kelas tadi menjadi suatu yang tidak akan kita semua lupakan.. banyak benda baru yang aku belajar dalam kelas multimedia. semuanya boleh dikatakan sebagai perkara baru yang tidak mungkin aku dapat dalam kelas lain...thanks untuk pengajarnya, dr. normaliza. dr. memang pensyarah terbaik la... buat kawan-kawan good luck untuk exam final nanti... =)

orang yang macam mana??

aku ni macam mana sebenarnya orangnya??? aku kadang-kadang keliru dengan diri aku ni.. mencari diri...cari..cari...cari... tak jumpa-jumpa.. kawan-kawan...tolong..

Wednesday, October 21, 2009

siap juga!!!

alhamdulillah...akhirnya kini pasti aku dah pun siapkan klip video untuk mutlimedia... baru je siap upload tadi..buat kawan-kawan sekalian tontonlah video kami ye..hehehe... buat ahli kumpulan excellent yang memberi sokongan dalam menyiapkan video ini dan sanggup menemani aku untuk upload video ni dalam youtube, thanks so much.. tanpa korang belum tentu aku mampu sudahkan kerja-kerja ni... buat yang tiada pada petang ni.. tak apalah, korang ada kerjakan, ada assignment kn, tak apalah...korang tetap yang terbaik..


pose terbaik dari excellent selepas shooting..

papadom

yeah, aku da tengok da cerita papadom isnin lepas. memang best giler la.. walau pun demam, aku gagahkan juga kaki melangkah ke panggung wayang dengan tunang aku. dia semangat sangat nak tengok. tidak dapat di nafikan cerita yang membuatkan aku menitiskan air mata. bak kata aku la kan,sedih, gembira, menyentuh hati, semua ada. cerita ni memang banyak moral dan pengajarannya. kisah tentang bapa yang sanggup berkorban demi anaknya yang tersayang. kalaulah semua bapa-bapa di malaysia ni macam Saadom (watak aflina sauki) tentu aman dunia ni dari penganiayaan bapa kn? masa dalam panggung wayang tu penonton-penonton lain punya gelak,Subhanallah.. sakan sungguh, tapi logik la, cerita pun gempakkan? tak dilaranglah mereka ketawa sampai macam tu sekali. aku sendiri ketawa sampai mengalirkan air mata. kat mana aku tengok cerita tu? hehehehe... aku tengok kat bukit tinggi, klang.. jauh? dekat je..dekat dari rumah tunang aku la.. ok la.. aku memang mencadangkan korang yang baca blog aku ni untuk pergi sama menonton cerita papadom ni.. memang the best la aflin.


Monday, October 19, 2009

hanya namamu.... kelas mutimedia....

satu semester yang rasanya terlalu panjang... walaupun ianya tetap sama macam sem-sem yang lepas.14 minggu juga belajarnya. kenapa rasa terlalu panjang? kerana class kesusasteraan dalam multimedia, pada mulanya aku rasa class ni terlalu panjang waktunya hendak di tamatkan keseluruhannya. mau tidaknya, sering kali class ni tamat pada waktu yang tidak sebenarnya, kebiasaannya lewat dari waktu yang sepatutnya, mujur lepas class multimedia ni aku tak ada class lain.

tapi kini akhirnya aku berjaya juga aku nak habiskan class ni. tinggal satu kelas saja lagi. banyak kenangan pahit manis, indah dan menggembirakan yang terbit hasil class kendalian dr. normaliza yang comel(bukan bodek, tapi kenyataan) pada pandangan mata aku. sememangnya class dr ni banyak kerja. kerja yang semuanya nak cepat, kata dr. dr. nak ajar kami semua kerja di bawah paras tekanan atau stress. aku terima dengan hati yang redha. ini kerana, semuanya kerja-kerja yang dr. berikan adalah kerja secara berkumpulan. jadi tidak la terasa bebannya.




cumanya aku agak stress kerana bahagian akhir kerja kumpulan kami kebiasaannya, aku yang kena sudahkan. contohnya, akulah yang kena edit karangan/esei, send email, send gambar, macam kerja kumpulan yang terakhir, kerja untuk klip video mutlimedia yang akan kami upload dalam youtube ni, pun aku jugalah yang kena edit dalam movie maker lepas tu sudah semestinya akulah yang kena uploadkan?hmmmmm... segalanya aku lakukan dengan hati yang ikhlas dan tabah demi kumpulan kami, EXCELLENT.

yang penting mereka support aku dari belakang, aku tahu mereka tidak berapa mahir dalam mengendalikan perisian dalam komputer ni, tapi aku juga bukanlah mahir sangat, cuma aku ni gemar meneroka, mencari, berani mencuba, kerana itulah aku.

belajar dalam class multimedia ini juga mengajar aku erti ketetapan waktu, aku tidak pernah lagi datang lewat dalam class ni. guruku pernah berkata, kalau kita hendak menuntut ilmu kita hendaklah jadi mereka yang menunggu guru, bukan guru yang menunggu pelajarnya. aku pegang kata-kata itu sampai kini. dari zaman sekolah. setakad hari ini, aku masih lagi belum datang lewat untuk class lain melainkan dengan sebab dan musabab yang munasabah, bukan kerana tertidur atau tertinggal bas...yeah, aku pasti tentang itu. terima kasih dr. normaliza kerana mengajar kami erti menepati waktu.

semoga final nanti aku dapat buat yang terbaik. dan sememangnya aku mengharapkan bahawa satu kelas kami nanti akan dapat A semuanya. aminn...

thanks, dr. normaliza.. you are the best lecturer....!!!!

Friday, October 16, 2009

hampa, gembira, sedih...

aku cam tak ada apa-apa perasaan hari ni. entahlah, aku pun tak tahu kenapa.. mungkin sebab semalam aku punya penyelia suruh aku edit semula penyataan masalah aku.aku tukar novel sebenarnya. mula-mula aku tunjuk novel dulu, dia suka dengan novel yang aku dah pilih, alih-alih dia tukarkan tajuk aku pulak.. nak tau tajuk apa? EKSPRESI DAN INTEPRETASI MASYARAKAT DALAM NOVEL MENITI JALAN HADAPAN... aduiii...wat proposal semula lagi la jawapannya...

tak apalah.. semua tu ada hikmahnya kan? mungkin ni kot tanda-tanda kejayaan.. aminnn..insya allah..

tengahari nanti aku kena pegi rumah bakal mak mentua aku...semalam dia call aku suRUh aku datang rumahnya. tolong dia masak.. oklah aku tolong, lagipun si manje, anak perempuan satu-satunya ada class..aku bukanlah pandai sangat memasak, tapi kalau tolong-tolong tu bolehlah.. kenalah jaga hati orang tua.. nak buat open house katanya. ok la tu, aku balik rumah dia dengan harapan terlepaslah rindu aku kat mak aku di kampung. maybe lepas majlis rumah tunang aku tu, aku akan balik ke rumah aku pulak kot. kesian mak aku...

atleast, bila aku balik kampung ni walaupun sekejap aku dapatlah meringankan bebanan kerja mak aku sikit. aku kesian sangat kat mak aku tu.. sekarang ni dia saja yang mencari nafkah untuk tanggung keluarga. mujur adik lelaki aku dah kerja dan dapatlah membantu mak sikit-sikit. cuma adik aku tu pulak ada tanggungan jugak. VIVA dia tu sapa nak bayar????

aku tahu mak sangat tabah.. tapi dari riah wajahnya aku pasti dia dah tak larat nak kerja..nak buat camne adik bungsu aku sekolah lagi. tak apalah, aku ni mak tak payah la nak risau lagi,ptptn ada, tunang aku pun paham keadaan aku, kadang-kadang dia la yang bantu aku time aku kat upm ni..family dia pun sangat memahami..

sedih pulak pagi-pagi ni cerita pasal mak, aku sensitif sikit kalau bab-bab mak ni. cepat sangat air mata mengalir... tapi aku kena siapkan segala tugasan aku sebelum aku balik. nanti tak adalah duk terbayang-bayang aje kerja yang belum siap. kan?

cayok!!!cayok!!cayok animm!!!

Thursday, October 15, 2009

shooting clip video


alhamdulillah...finally kami berjaya juga menyiapkan semua kerja-kerja penggambaran untuk clip video untuk class sastera dalam multimedia... terima kasih untuk kawan-kawan kumpulan EXCELLENT, tidak juga dilupakan buat rakan-rakan dalam class sastera multimedia tadi. thanks atas kerjasama korang... thanks to Mariani yang sudi membantu kami tadi.. semoga kita semua dapat A untuk subjek kesusasteraan dalam multimedia...gambar?aku memang nak masukkan gambar, tapi masalahnya laptop aku ni..problem cikit. tak mau keluar ikon dalam new post untuk add picture.. tapi untuk korang semua aku akan berusaha masukkan juga...apa-apa pun tahniah untuk ahli kumpulan aku, Maznah, Norihan, Azhar, Arizan, dan pelakon utama kami Zainal...tahniah korang...sekarang tinggallah kerja aku untuk jadikan dia sebagai video clip....huhuhuhu...

Friday, October 9, 2009

DATING?????

menjadi kebiasaan orang bercinta untuk dating. tapi betul ke statment 2?hahaha..hanya mereka yang dapat menjawabnya.

ari ni class pagi-pagi aku dbatalkan lecturer buzy kot. tak tau la kenapa. so aku pun lepak je la dalam bilik. kemas-kemas bilik.. basuh baju.. bila dah kemas semua and siap segalanya aku rasa lapang je. so boleh la aku buat kerja lain. cadangnya aku nak buat facebook and blog, tapi bila buka internet dikatanya pulak forbiden. tah apa kejadahnya tah. aku pun tak paham. 10 kali try tak leh gak aku dah naik tension. last-last laptop aku ni terpadam sendiri. battery habis!!!! hahahaha...

sekarang aku tengah bincang dengan group members aku nak buat video clip untuk di upload dalam youtube... lagu apa yerk nak pilih????ada tiga senarai lagu best. tapi sekarang ni cuma kami bertiga sahaja yang ada disini. macamana nak buat keputusan? warggghhhh...tension...!!!
harap lagu yang kitorang pilih ni semua members akan setuju..

Thursday, October 8, 2009

maca'z



teman yang turut dirai


aku ke tu??

tak tahu nak kata macamana,happy, suka, ceria, semuanya ada. aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku sekarang. apa yang pasti aku teramatlah bahagia. malam semalam aku amik anugerah yang dianjurkan oleh kolej kediaman aku Kolej Pendeta Za'ba atau ringkasnya KPZ. anugerah ni adalah khas untuk pelajar-pelajar yang mendapat GPA 3.5 dan ke atas... dan aku adalah salah seorang daripada mereka yang menerima anugerah tersebut. alhamdulillah.. berkat usaha aku dan doa ibu yang tercinta aku meraih kejayaan tersebut...

comel tak??

MACA'Z kali ni merupakan kali ke tiga aku dapat. sebabnya semester 3 aku gagal mencapai targetnya sebab subjek arab yang aku amik, pointer aku jatuh. tapi aku kuatkan semangat dan tekad untuk berjaya lagi capai apa yang aku harapkan. walaupun tak dapat dekan tapi aku tetap bersyukur. cuma aku risau kalau-kalau semester 5 ni aku tak dapat capai sasaran dan impian aku untuk dapat DEKAN. apa yang pasti aku perlu berusaha keras lagi untuk mencapai semua impian aku tu.

cerita pasal malam MACA'Z tu pergh!!! gempak la!!! sebabnnya ramai gak student yang dirai dan merai yang tak datang. bising gak la pengetua KPZ time tu, tapi nak wat macamana mereka ada class malam. tapi aku tetap bergembira dengan Maznah coursemate aku, dia pun dapatkan anugerah tu.. sakan betul kitorang bergambar selepas selesai penyampaian anugerah malam tu. hehehe... mau tak happy bukan selalu bergambar sakan . tapi tak syok la sebab ramai geng-geng kitorang yang dapat MACA'Z cam kitorang. mungkin nasib tidak menyebelahi kot. sabarlah wahai kawan-kawan. nanti sem depan korang pulak naik pentas amik sijil yerk???

oleh sebab ramai yang tak datang banyak la makanan yang lebih tapi kami tak done nak ambil sebab tak ada bekas. hehehe..nak ambil pinggan sendiri jauh pulak blok aku. nun kat belakang sana, Cendi. huhuhuhu...tapi apa-apa pun makanan memang sedap. cumanya ada cikit masin la...kata Elly (coursemate yang datang merai)sup dia yang masin. nak tau makan apa??? Nasi Ayam la.. ok la kan, dari mee goreng, kuih-kuih, ye tak???


nilah yang aku makan malam tu..nasi ayam yumyum..

untuk sahabat-sahabat yang seangkatan, aku doakan kalian akan berjaya untuk semester 5 ni. final dah nak dekat. jangan main-main lagi. nanti diri yang merana....

lepas makan

Monday, October 5, 2009

hati

hari ni aku terasa hati sikit dengan insan yang bergelar sahabat. entahlah, agaknya aku ni ada wat salah kot. sebab tulah dia cakap cam tu kot. benda kecik pun aku nak sakit hatikan? pelik la aku ni...

memang semenjak dua menjak ni aku dapat rasakan perubahan pada dia. macam nak tak nak je bercakap dengan aku. entahlah. salah aku kot.. tak salahkan kalau aku mengaku salah. aku kadang-kadang tak berapa nak paham dengan kehendak diorang. aku tau kita tak dapat nak penuhi semua kehendak dan keinginan semua orang. tapi aku pelik, dengan orang lain elok je dia layan. dengan aku ni, macam nak tak je.aku tak pernah nak sembunyikan apa2 pun pada dia. apa2 berkaitan akademik aku tak pernah nak sorok-sorok. aku bukan jenis yang kedekut. aku pun tak kisah kalau orang tu lebih dari aku, aku buat semuanya dengan ikhlas... entahlah aku pun tak paham la.

adakah kerana usia? tapi aku masih lagi menghormati dia. aku tak adalah kurang ajar dengan dia. pelik-pelik...mak selalu pesan setiap kali aku nak balik UPM, "jangan gaduh-gaduh dengan kawan," aku tak cari gaduh, aku tak cari pasal, tapi mereka yang buat aku macam ni. kenapa ye jadi cm ni? mungkin kata-kataku tadi salah kot..tapi salah ye aku menyuarakan rasatak puas hati aku... yelah tak semua orang sekepala dengan kita. lepas ni, anggap sajelah dia tu tak sekepala lagi..mak...akak mcm nak nangis je ni.. Tuhan tabahkan hati ku menempuhi dugaan-Mu. kuatkan imanku, cekalkan hatiku... aminnnn...

tak apalah kalau dia tak pernah sedar semua yang terjadi, aku pasrah. apa yang aku tau sekarang ni aku sedih sangat-sangat.....

Saturday, October 3, 2009

cerita semalam

cerita semalam..semalam aku tak sempat nak post cerita pasal diri aku. balik pun dah malam.letih. jadinya tak sempatlah nak buka blog. jadi, aku cerita la hari ni. semalam lepas je orang solat jumaat aku keluar date dengan tunang aku. lama dah tak date berdua. time jumpa raya ari tu pun date gak, tapi date ngan adik n mak dia sekali...hikhikhik..

semalam kitorang pegi tengok wayang. cerita g-force. best gile cerita ni. rasenya macam nak pi tengok lagi sekali je...hehehe. kelakar, menarik, yang lebih menarik sebab pi tgok ngn mat saleh yang bawak anak-anak sekali utk menonton cerita tu.penuh satu line untuk mereka saja. kecoh gila time tu. walaupun cerita tu dah lama kat panggung, tapi tak salah kalau rasanya masa tayangannya ditambahkan lagi...

aku tgok cerita tu kt alamanda. sebab aku rase alamanda la tempat best nak tengok movie, bukan kata kt the mines tak best, tapi entahlah alamanda gak la tempat pilihan kitorang untuk shopping atau tgok movie...

lepas tengok wayang kitorang shopping sikit kat carrefour. lepas tu solat. nak cerita plak pasal tempat solat kat alamanda tu; tempat solat yang sangat selesa. bagi aku la tak tau la pulak bagi orang lain. semua cukup, luas, siap air-cond tu.hehehe

lepas je solat kitorang terus kuar, cari makanan plak. tempat pilihan kitorang kat dengkil. nak tau kenapa suka makan kt dengkil, ala kedai makan yang kat trafic light ke banting tu, n bersebelahan dengan masjid. kat situlah. balik semula kenapa suka makan kat situ, sebabnya adalah masakannya sedap. menepati selera makan aku lah, aku kan suka makan pedas-pedas. kaw-kaw pedasnya. kalau mintak nasi goreng kampung atau masi goreng ayam, nasi dia membukit beb!!!banyak gile, kadang-kadang aku makan pun tak habis...tapi malam td mcm ada kekuranganlah, nasi yang dia masak tak berapa nak sedap. maybe orang lain kot yang masak. dah berkali-kali aku makan kat situ memang semuanya sedap, tak ada yang tak sedap. cuma malam tadi je..maybe tukang masaknya da balik kot. ye la, dah malam.tapi okay je sebab aku tengok tunang aku makan laju je, nampak cam sedap sangat. hikhikhik... sup ayam mlm tadi pun sedap, tapi dia punya cili api, masya allah!!! banyak gile n for sure la pedas gile-gile!!



membukitkan aku kata nasi dia..sedap...

lepas makan malam, aku teman pulak tunang aku ni g kedai aksesori kereta kawan dia kat LAN J.K kat kajang. aku tak tau apa nama kedai dia, yang aku tau tunang aku selalu cakap LAN K.J. tapi sampai je aku stay dalam kereta, dia aje yang masuk. tak lama lepas tu dia panggil aku masuk,
masya Allah... sawan aku dibuatnya, korang nak tau kenape? hehehe apa lagi aksesori KITTY la..hikhikhik...sawan-sawan... seat kitty tu cuma RM700 aje ari tu dia g tanya kat subang RM900 tau, dia nak beli kot..

untuk pengetahuan semua aku ngan tunang aku tengah gile kereta sekarang. kitorang bercadang nak buat kereta kitty. tapi dalam ajelah, semua complete barang-barang kitty. insya Allah dalam tahun ni siap kot. hehe.. tak pun sem depan blehlah tayang kat Aya, Zana, n Umi.. hehehe.. berbalik pasal aksesori kitty td, banyak gak barang kitty kat kedai lan kj tu, tu yang aku bertambah sawan...


kitty kat alamanda

lepas settle tengok-tengok barang kat lan kj dia pun antar la aku balik kolej semula.. maka tamatlah sudah cerita aku untuk semalam...hehehe..