? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.4 (12 Ratings)??1 Grab Today. 17557 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????On The Road Again? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 599 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Don't Fade Aw BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, October 8, 2009

maca'z



teman yang turut dirai


aku ke tu??

tak tahu nak kata macamana,happy, suka, ceria, semuanya ada. aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku sekarang. apa yang pasti aku teramatlah bahagia. malam semalam aku amik anugerah yang dianjurkan oleh kolej kediaman aku Kolej Pendeta Za'ba atau ringkasnya KPZ. anugerah ni adalah khas untuk pelajar-pelajar yang mendapat GPA 3.5 dan ke atas... dan aku adalah salah seorang daripada mereka yang menerima anugerah tersebut. alhamdulillah.. berkat usaha aku dan doa ibu yang tercinta aku meraih kejayaan tersebut...

comel tak??

MACA'Z kali ni merupakan kali ke tiga aku dapat. sebabnya semester 3 aku gagal mencapai targetnya sebab subjek arab yang aku amik, pointer aku jatuh. tapi aku kuatkan semangat dan tekad untuk berjaya lagi capai apa yang aku harapkan. walaupun tak dapat dekan tapi aku tetap bersyukur. cuma aku risau kalau-kalau semester 5 ni aku tak dapat capai sasaran dan impian aku untuk dapat DEKAN. apa yang pasti aku perlu berusaha keras lagi untuk mencapai semua impian aku tu.

cerita pasal malam MACA'Z tu pergh!!! gempak la!!! sebabnnya ramai gak student yang dirai dan merai yang tak datang. bising gak la pengetua KPZ time tu, tapi nak wat macamana mereka ada class malam. tapi aku tetap bergembira dengan Maznah coursemate aku, dia pun dapatkan anugerah tu.. sakan betul kitorang bergambar selepas selesai penyampaian anugerah malam tu. hehehe... mau tak happy bukan selalu bergambar sakan . tapi tak syok la sebab ramai geng-geng kitorang yang dapat MACA'Z cam kitorang. mungkin nasib tidak menyebelahi kot. sabarlah wahai kawan-kawan. nanti sem depan korang pulak naik pentas amik sijil yerk???

oleh sebab ramai yang tak datang banyak la makanan yang lebih tapi kami tak done nak ambil sebab tak ada bekas. hehehe..nak ambil pinggan sendiri jauh pulak blok aku. nun kat belakang sana, Cendi. huhuhuhu...tapi apa-apa pun makanan memang sedap. cumanya ada cikit masin la...kata Elly (coursemate yang datang merai)sup dia yang masin. nak tau makan apa??? Nasi Ayam la.. ok la kan, dari mee goreng, kuih-kuih, ye tak???


nilah yang aku makan malam tu..nasi ayam yumyum..

untuk sahabat-sahabat yang seangkatan, aku doakan kalian akan berjaya untuk semester 5 ni. final dah nak dekat. jangan main-main lagi. nanti diri yang merana....

lepas makan

2 comments:

Siti Nurhayati Dollah said...

tahniah anim :) happy for u

ellysaharudin said...

tahniah anim...dpt gk ko kn anugerah..aku menanti slu anugerah..aku hrap sem dpn kita sme2 dpt...