? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.4 (12 Ratings)??1 Grab Today. 17557 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????On The Road Again? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 599 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Don't Fade Aw BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 19, 2009

hanya namamu.... kelas mutimedia....

satu semester yang rasanya terlalu panjang... walaupun ianya tetap sama macam sem-sem yang lepas.14 minggu juga belajarnya. kenapa rasa terlalu panjang? kerana class kesusasteraan dalam multimedia, pada mulanya aku rasa class ni terlalu panjang waktunya hendak di tamatkan keseluruhannya. mau tidaknya, sering kali class ni tamat pada waktu yang tidak sebenarnya, kebiasaannya lewat dari waktu yang sepatutnya, mujur lepas class multimedia ni aku tak ada class lain.

tapi kini akhirnya aku berjaya juga aku nak habiskan class ni. tinggal satu kelas saja lagi. banyak kenangan pahit manis, indah dan menggembirakan yang terbit hasil class kendalian dr. normaliza yang comel(bukan bodek, tapi kenyataan) pada pandangan mata aku. sememangnya class dr ni banyak kerja. kerja yang semuanya nak cepat, kata dr. dr. nak ajar kami semua kerja di bawah paras tekanan atau stress. aku terima dengan hati yang redha. ini kerana, semuanya kerja-kerja yang dr. berikan adalah kerja secara berkumpulan. jadi tidak la terasa bebannya.




cumanya aku agak stress kerana bahagian akhir kerja kumpulan kami kebiasaannya, aku yang kena sudahkan. contohnya, akulah yang kena edit karangan/esei, send email, send gambar, macam kerja kumpulan yang terakhir, kerja untuk klip video mutlimedia yang akan kami upload dalam youtube ni, pun aku jugalah yang kena edit dalam movie maker lepas tu sudah semestinya akulah yang kena uploadkan?hmmmmm... segalanya aku lakukan dengan hati yang ikhlas dan tabah demi kumpulan kami, EXCELLENT.

yang penting mereka support aku dari belakang, aku tahu mereka tidak berapa mahir dalam mengendalikan perisian dalam komputer ni, tapi aku juga bukanlah mahir sangat, cuma aku ni gemar meneroka, mencari, berani mencuba, kerana itulah aku.

belajar dalam class multimedia ini juga mengajar aku erti ketetapan waktu, aku tidak pernah lagi datang lewat dalam class ni. guruku pernah berkata, kalau kita hendak menuntut ilmu kita hendaklah jadi mereka yang menunggu guru, bukan guru yang menunggu pelajarnya. aku pegang kata-kata itu sampai kini. dari zaman sekolah. setakad hari ini, aku masih lagi belum datang lewat untuk class lain melainkan dengan sebab dan musabab yang munasabah, bukan kerana tertidur atau tertinggal bas...yeah, aku pasti tentang itu. terima kasih dr. normaliza kerana mengajar kami erti menepati waktu.

semoga final nanti aku dapat buat yang terbaik. dan sememangnya aku mengharapkan bahawa satu kelas kami nanti akan dapat A semuanya. aminn...

thanks, dr. normaliza.. you are the best lecturer....!!!!

0 comments: