petang tadi aku pegi rumah pakcik aku, adik mak aku. kononnya nak minta kelapa, sebab kat rumah dah tak ada kelapa. tapi datang-datang kat umah tu tak ada orang. ada anaknya sorang aje.. tunggu punya tunggu tak balik jugak makcik n pakcik aku ni, apa lagi aku ngn mak aku pun merancang untuk menculik anaknya yang ditinggalkan di rumah sendirian. dah la rumah kunci macam mana la nak masuk..kehkeh..mesti kelam kabut macik aku n pakcik aku mencari anaknya nanti. aku tinggal gelak aje...
budak tu pun sporting je..layan je rancangan aku n mak aku..hahaha...
tak sabar nak tunggu kisah selanjutnya... mesti kelam kabut punya lah...aku kompom...
Monday, November 30, 2009
culik
Posted by mummy dhia amani at 7:46 PM 2 comments
Tuesday, November 24, 2009
bertunang
Posted by mummy dhia amani at 10:45 AM 2 comments
Labels: tunangku
Sunday, November 22, 2009
penat
aku dah lama tidak menolong mak di kebun...pagi tadi mak masuk dalam bilik dan mengajak aku ke kebun, membantunya. pada mulanya aku agak berat juga mau pergi, memandangkan aku tidaklah selalu ada di rumah maka aku gagahkan kaki melangkah menemaninya di kebun, membantu sekadar yang aku mampu... dalam aku membantunya, aku sering menatap wajahnya.
tau apa yang aku lihat di wajahnya?
tiada terpancar sikit pun rasa kesal, letih, malas, malah aku lihat mak begitu bersemangat... aku kagum dengan mak aku, masih gagah mengerjakan kebun pusaka arwah nenek seluas 1 ekar. tidaklah luas mana, tapi jika di bandingkan dengan kudrat mak??mujurlah adik-adik aku yang berdua tu turut sama membantu, kalau tidak? mungkin kerana itu jugalah adik-adik ku tidak mahu belajar atau kerja jauh dari mak... baru ku tahu mengapa mereka menolak setiap kali aku menyuruh mereka sambung belajar atau kerja jauh yang lebih bagus..
masih segar di ingatan aku bicara adik bungsuku,
adik: aku nak duduk dengan mak, temankan mak, tolong mak... kau ajelah belajar jauh n kerja bagus. nanti dapat tolong mak lebih cikit kalau da berjaya. aku bukan pandai macam kau..
tuhan, baru ku sedar maksud adik ku kini... namun sekali lagi aku terkesima saat mak mengetahui aku berkawan dengan orang selangor... bukan membantah, tapi seakan kecewa kerana aku bakal berjauhan dengannya tidak lama lagi, lepas aku bertunang, mak seakan redha dengan segalanya.
mak: kalau mak sakit, kau jauh, tapi tak apalah, adik ada, kak nor pun ada...
Posted by mummy dhia amani at 1:21 PM 1 comments
Labels: mak
Saturday, November 21, 2009
kad jemputan
hahahaha..jangan terkejut pembaca-pembaca...bukan kad jemputan aku ok..aku sekadar jadi kerani menulis nama pada kad jemputan sahaja...syok memang ayok, tapi penatnyer....satu-satu nama kena tulis..kesian kat makcik tu..tapi sebagai balasan aku telah dipelawa mengantar pengantin anaknya ke kedah..dapat org kedah katanya. berjalan sakan la aku ngn mak aku nanti...hikhik...
katanya 5hb 12 nanti... jadi tunggu keputusan rasmi sahaja la aku n mak aku ni...aku tak pernah lagi sampai ke kedah..perak da dampai da..tu pon kat manjung je..sebab pakcik aku ada kat sana. jadi dapatlah aku melepak sekejap kat sana...sekarang ke kedah.sapa tak nak pergi kan?hehehe..free pulak tu..bestnya...
kad jemputan yang aku duk isi namanya tadi lawa sangat.. nanti aku sempat aku uploadkan gambarnya..masih dalam hp lg...
Posted by mummy dhia amani at 8:18 PM 0 comments
line clear
akhirnya aku boleh membuka tenet di rumah aku sendiri..tu la, sebenarnya sebelum ni tak nak berusaha cari port yang baik..sekarang aku dah jumpa dah port baik punye..hikhik... pagi sabtu ni aku tak tau nak buat apa. semua kerja da aku siapkan, mengemas rumah, masak tengahari, jemur baju, kemas dapur, semuanya aku dah settlekan. dek kerana dah terlalu bosan maka aku pun mencuba untuk membuka tenet kat rumah, mula-mula memang payah, tapi lama-lama aku duk mencari-cari port paling strategik sekali dan aku pun bertemulah kawasannya..hahaha.
sambil online aku dengarlah radio..layan lagu-lagu jiwang kat muzik fm...syok gak..tenang je aku rasa sekarang..aman damai gitu..ekekeke...
sekarang mak aku lum balik dari menoreh lagi..so aku tak adalah kawan nak bersembang.tunggu sampai mak aku balik..kesian mak aku kan..tentu penat..tapi takpe..nanti dia balik mesti tenang sebab rumah da kemas, dapur da clear, aku punda siap masak. so dapatlah aku melapangkan sikit fikiran mak aku kan..alhamdulillah...ni jelah yang mampu aku lakukan untuk mak aku.. love you mak.. muaaahhhh...
Posted by mummy dhia amani at 10:50 AM 0 comments
Friday, November 20, 2009
20 sen
semalam aku jumpa sepupu kesayangan aku izzah...comelnya dia..rindu sangat aku padanya..tiada apa yang membahagiakan aku kat kampung selain menatap wajah-wajah insan kesayangan hamba...cewah...
si kecil izzah kini menginjak usia 5 tahun..semakin nakal, semakin pandai, semakin cerdik, semakin banyak cakap...semalam ada sahaja yang ingin di ceritakannya pada aku. antaranya cincin yang dibelinya di kedai yang berhampiran dengan rumahnya..katanya cincin tunang.. wawawa..lucunya..
Posted by mummy dhia amani at 4:52 PM 0 comments
adik aku
wawawa...setelah sekian lama menyepi hari ini aku mula nak meng update kan blog kesayangan aku ni...hehehe...alhamdulillah, syukur aku masih punya kesempatan untuk berblog lagi... kisah yang ingin aku kongsikan hari ini adalah kisah adik aku yang tengah amik SPM
sekarang ni dia tengah menduduki peperiksaan SPM. aku yang cuak dengan adik aku..adik aku ni bukanlah pandai sangat dalam pelajaran, so aku teramatlah risau dengan keadaan adik aku tu..tah lulus tah tidak...
pagi tadi dia ada class tambahan, hari ni dia kata tak ada paper katanya...aku tengok adik aku tu...tabahnya dia menghadapi paper spm ni..cool aje..tapi tak tau pulak hati dia macam mana kan? rupa-rupanyakan adik aku yang paling kecil ni dah semakin menginjak ke alam dewasa. dah besar rupanya adik aku ni.. dah 17tahun kan..
aku dari dulu sampai pagi tadi masih melihat dia sebagai adik kecil yang tak tahu apa-apa. pagi tadi barulah terbuka pintu hati aku ni untuk mengatakan bahawa adik aku dah semakin dewasa... banyak benda yang dia tanggung sendiri semenjak aku berada di universiti ni...segalanya di pendam sendiri. aku sebagai kakak jarang-jarang meluangkan masa bertanyakan masalahnya dalam pelajaran.. kesian adik aku ni...rasa macam tersisih aje..aku tengok dia pun macam semakin membawa diri...jauh dari famili...
kehidupannya diuruskan sendiri..kadang-kadang aku tengok memanglah aku sedih, tapi aku masih belum mampu membantunya. aku hanya mampu menasihatinya supaya menjawab peperiksaan dengan tenang, buat yang terbaik,..
Posted by mummy dhia amani at 4:07 PM 0 comments
Thursday, November 12, 2009
suka sangat!!!!
alhamdulillah...
syukur sgt2..hari ni aku punya pernyataan masalah diterima sedikit walau tidak sepenuhnya..berita baik tu sebanarnya. kn? yelah sebelum ni asyik salah aje,asyik reject je... tukar tajuk la.mcm2 la.. cuma kata dr nik aku kene baiki lagi pernyataan masalah aku tu.. syok sgt..aku cume kene tambah2 lagi aku punya pernyataan masalah tu..hehehe..aku hepi sgt..
so nanti aku nak baiki semula dan aku akan hantar pada dr nik mayb naik sem nanti...semoga segalanya berjalan dengan lancar.
dan lagi satu penulis novel yang aku kaji tu pun teramat sudi utk membantu aku apa2 yang aku perlukan dlm menyiapkan projek aku tu..
alhamdulillah... syukur sgt2...
Posted by mummy dhia amani at 11:33 AM 2 comments
Tuesday, November 10, 2009
lelaki 81 tahun membunuh isterinya
aku tak paham dengan dunia sekarang. salah kit nak bunuh, geram kit nak tikam, tu tak campur lagi dengan kes bunuh bayi, buang bayi, tanam bayi..hailah..dunia..dunia...
pagi tadi aku bace paper, seorang lelaki berusia 81tahun telah menikam isterinya yang berusia 73 tahun disebabkan geram kerana si isteri meminta cerai darinya.. lagi berita: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20091109233752/Article/index_html
agknya si suami ni tak sempat nak bunuh dirinya sendiri sebab org kmpung da tangkap dia. katanya "mai mati sama-sama" tu yg dia bunuh isterinya tetapi tak sempat nk bunuh dirinya sendiri...
tapi mungkin juga si suami ni ada sebabnya yang tersendiri kot... tapi perbuatannya adalah tersangat kejam. membunuh tu.. apalah nak jadi dengan dunia sekarang kan? dunia akhir zaman..jika dilihat tanda-tanda kiamat semakin banyak.. bila lagi la kita2 ni nak insaf... masya Allah...
Posted by mummy dhia amani at 1:28 PM 2 comments
Monday, November 9, 2009
komitmen
bagaimana lagi untuk aku ungkapkan rasa yang teramat bahagia ini? aku tahu dia masih menanti jawapan yang paling pasti dalam hidupnya. aku sendiri masih lagi sambil lewa. tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap hubungan kami. adakah ini sebabnya kenapa dia sering bertanyakan keseriusan aku terhadap hubungan ini?
alasan yang sering aku berikan adalah aku masih belajar. adakah belajar itu masih releven untuk dijadikan sebagai alasan? katanya aku ini seperti ingin mempermainkan perasaannya. tapi sejujurnya aku teramat sayangkan dia. hidupku akan kosong tanpa kehadirannya.
aku hanya akan berkata biarlah takdir jadi penentu... katanya aku seperti berputus asa..mmmm...betul juga..tapi bagaimana lagi hendak aku ucapkan??
Posted by mummy dhia amani at 11:49 AM 0 comments
Labels: tunangku
indah pada waktunya
kau lihat aku di sini seutuhnya
sendiri merasa bahagia keranamu
setelah air mata kehilangan dan juga kecewa
kini hanya satu yang ku percaya
kau membuatku bahagia
jika memang ini saatnya
mimpiku akan menjadi nyata
ku percaya kuatnya cinta
semua akan menjadi indah pada waktunya
hadirmu semangat jiwaku karenamu
kelembutan cintamu semua jawapan yang kudambakan
kini hanya satu yang ku percaya
kau membuatku bahagia
dan takkan ada kata-kata
jangan sembunyikan
perasaanmu saat ini
Posted by mummy dhia amani at 11:36 AM 0 comments
Labels: tunangku
rumah mentua @ rumah sendiri
kalau aku da nikah ngn tunang aku kang aku nak duk umah sendiri ke umah mertua?
KENAPA nak duk umah sendiri?
KENAPA tak duk umah mertua?
adui..tak reti aku nak menjawabnya...
mana lagi elok?umah sendiri ke umah mertua?
Posted by mummy dhia amani at 1:48 AM 5 comments
happy
Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita
Mari kita berganding dengan tangan
Jauhkan segala peperangan
Kita cipta irama
Di dalam melodinya
Kita nyanyi bersama
Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!………………….
Happy!!
Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!………………….
Happy!!
Hakikat dia sementara saja
Kembalikan ke waktunya
Posted by mummy dhia amani at 1:43 AM 0 comments
Sunday, November 8, 2009
3-1
yeah!!!!
akhirnya negeri sembilan monang jugak..tahniah2 buat pemain n.9..
to Shahurain Abu Samah, Hairuddin Omar dan Zaquan Adha Abdul Radzak atas jaringan yang membuatkan negeri menang 3-1.
buat kelantan, cuba lagi piala malaysia tahun depan..setelah 61 tahun
menanti akhirnya negeri sembilan berjaya menjuarai piala malaysia selepas menang kali pertama pada 1948..
apa2 pun tahniah buat n.9..
Posted by mummy dhia amani at 10:42 AM 0 comments
Saturday, November 7, 2009
TERUJA stadium bukit jalil
hari ni aku kuar ngn tunang aku. aku nak makan nasi kukus kat R&R awan besar kat hyway kesas... sedap tau makan nasi kukus kat situ. so nak ke kesas lalu la depan stadium bukit jalil, aku pulak jadi teruja nak masuk stadium nak tengok perlawanan bola sepak antara kelantan ngn n.9. nilah pengalaman aku yang pertama berdepan dengan suasana perlawanan bola sepak, final piala malaysia lagi!!teruja gile... tapi tunang aku tak suka tengok bola. so aku kempunan, lalu ajelah dpn stadium tu..huhuhuhu...
tak apalah yang penting aku dapat tengok macamana suasana penyokong2 bola sepak klntn n n.9 berasak-asak masuk dlm stadium... aku sgt teruja. teringin sgt nak masuk.. tapi apakan daya.. cuaca pun mcm tak mengizinkan aje.kan hujan petang td. tak apalah.. aku tengok dorang pon aku da cukup teruja...
teruja gilelah... bak tunang aku cakap, "syg dah sawan da ni.." aku gelak aje..sebab aku sgt teruja..pengalaman pertama tu. slalu aku tengok kat tv aje....
Posted by mummy dhia amani at 8:06 PM 0 comments
Friday, November 6, 2009
nak jadi macam mak...
aku nak jadi macam mak aku...
tabah hadapi dugaan hidup. walau halangan datang melintang pukang dia tetap tabah..
aku nak jadi macam mak aku...
kuat bekerja. mak aku ni setiap hari akan bangun pagi kul 4. lepas solat dia akan ke dapur untuk kemas dapur, masak untuk ayah and adik2 aku (kalau aku kat umah aku yang kena wat.)lepas tu wat sarapan. kul 6.30 pagi mak akan bersiap2 nak g noreh. balik kul 11 lebih cikit. balik2 je mak aku tadah air nak basuh baju. lpas solat zuhur kul 1.45 mak aku siap2 pulak nak g wat peyek umah jiran sebelah..kul 5.30 kadang2 kul 6 petang baru balik. lepas solat asar mak aku belek2 pokok orked kesayangannya.(rumah aku banyak gile pokok orked). malam tido.
aku nak jadi macam mak aku...
slumber aje. mak aku memang sempoi, kain berlubang sebab kene api rokok ayah aku pun mak aku slumber aje p kedai.. siap cakap "apa orang tu nak belikan baru?"
aku jawab,"ceh.."
mak senyum aje...
aku nak jadi macam mak aku...
"banker." adik beradik mak aku kalau tak ade duit mesti datang cari mak aku. pinjam duit. bukan cikit nak pinjam. kadang2 cecah beribu gak la..aku pon kalau tak de duit tepon mak.hehehe.. mak aku kije noreh tu pon kebun orang ngupah aje. wat kuih pun sebulan tak sampai seratus. jadi camne agaknya mak aku leh jadi banker?kompius2...balik nak tanya mak la...huhu..
aku nak jadi macam mak..
baik hati. mak aku tak penah pukul aku adik beradik. kata-kata yang lembut sebagai nasihat pada kami 4 beradik.
aku nak jadi macam mak aku...
sekolah tak tinggi tapi ilmunya banyak. mak aku sekolah sampai darjah 6 aje. tapi masalahnya aku ni da sampai upm. camne?
banyak lagi yang aku nak jadi macam mak aku...segala2nya aku nak macam mak aku. aku rasa mak aku begitu sempurna. ibu yang selayaknya jadi mak aku. terima kasih mak kerana lahirkan aku sebagai anak mak yang paling manje n nakal..hehehe...
Posted by mummy dhia amani at 11:26 PM 2 comments
Labels: mak
cerewet
kenapa perempuan ni cerewet?
serba sebi cerewet.
itu tak kena
ini tak kena
itu salah
ini salah
ape kes???
kadang-kadang makan pun cerewet kn?pilih lauk, belek2 lauk, tgok lauk, pah tu baru la nak amik nasi, amik nasi pun kadang-kadang da bubuh keluarkan balik,masuk balik(dalam pinggan), kurangkan cikit, tambah lagi. hailah..
nak pakai baju p kuliah pun pilih kadang-kadang berjam-jam.
itu tak cantik.ini seksi. itu jarang, ini ketat. waaarrrggghhh...
macam-macam..
itu belum lagi rumah bersepah, pinggan tak basuh, ...
so apa komen orang pompuan tentang hal ni.
aku pun pompuan gak so komen aku...
"da tuhan jadikan pompuan cam ni, nak wat cam ne..ye tak??"
Posted by mummy dhia amani at 11:06 PM 0 comments
air free
best duk selangor...air free..tapi tadi aku baca paper tajuknya OPERASI POTONG AIR apa dah jadi...? disebabkan air free dan if kena byar pun tak banyak maka ramailah penduduk di sekitar selangor dan kuala lumpur yang tidak menjelaskan bil-bil tertunggak.. hailah...dah bagi free 20liter padu pun masih tak nak byar ke?alasan mereka bayaran yang sedikit dan tak berbaloi tunggu lama di pejabat pos….hmmm..apa kata orang selangor dan kuala lumpur tentang hal ni???
inilah sikap kitakan? dah bagi betis nak peha pulak.. sepatutnya bersyukurlah dengan apa yang kita dapat. tengok negeri lain ada dorang dapat mcm selangor dapat? fikir-fikirkanlah..
Posted by mummy dhia amani at 7:38 PM 0 comments
kisah aku.. :)
satu hari aku meminta pada Allah supaya memberikan aku panas mentari supaya, panas mentari itu dapat mengeringkan luka di hati aku. tapi Allah memberikan aku mendung yang tersangat gelap. guruh yang berdentum kuat memeranjatkan aku dari khayal yang panjang. hujan turun dengan lebatnya. tapi hujan lebat tu sekejap aje... selebihnya gerimis yang seumpama manik-manik mutiara yang turun dari langit.
aku terdiam, mengapa Allah menarik cahaya matahari yang aku inginkan? mengapa Allah memberikan aku mendung dan hujan? rupanya Allah itu lebih mengetahui Allah sangat pemurah, senja itu, Allah memberikan aku sejalur garis pelangi yang tersangat indah. Allah memberikan aku tujuh warna pelangi bagi mewarnai hidupku.. hidupku menjadi ceria, seceria warna pelangi.
sehingga kini warna pelangi itu masih indah dalam langit hidupku. semoga pelangi itu tidak akan hanya seketika datangnya. walau pada hakikatnya pelangi hadir hanya untuk seketika....
Posted by mummy dhia amani at 7:43 AM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
apa nak jadi?
lepas dah paper yang ke tiga. so ada lagi dua paper. jatuhnya pada hari khamis dan jumaat 12-13hb 11 2009. lama lagi tu..apa nak buat? siapkan assigment la pun kan..dah la tak siap-siap lagi. slumber aje aku ni..apa nak jadi ni?anim..anim..
so mulai sekarang aku nak buat kerja aku yang tak siap-siap tu..huhuhu.. harap-harap esok aku dah boleh submit dah assigment aku tu..
Posted by mummy dhia amani at 10:44 AM 2 comments
Tuesday, November 3, 2009
bahagia atas derita???
aku tahu bukan senang nak senang, tapi bukan susah gak nak susah kan? tapi aku bukanlah bergantung hidup cuma kalau dah ada yang sudi nak membantu tak kan aku nak tolak?orang kata rezeki masing-masing. dah bahagian aku dapat cam tu tak kan orang nak persoalkan?
tapi kenapa orang persoalkan?apa masalahnya?mmmm..hanya mereka yang berkenaan je yang tau kan? tak apalah asalkan aku tak ganggu mereka sudah. cuma... andainya kebahagiaan yang aku dapat ni buat orang lain berduka, aku mintak maaf.. aku rasa setakad ni aku belum lagi mencipta bahagia atas derita orang lain.
tentu sakit kalau bahagia yang tercipta itu adalah di atas penderitaan orang lain. kerana aku pernah merasainya dulu. cuma mungkin bahagia yang aku ada sekarang aku dah terciptakan derita pada seseorang. tapi aku dah mintak maaf dan orang tu pun dah maafkan dan dah jadi kawan aku sekarang. antara kami tiada lagi sengketa. dia pun dah boleh terima siapa aku.
jadi, persoalnya sekarang ada lagi ke mereka yang menderita atas bahagia yang aku cipta?bukankah sepatut mereka turut tumpang bahagia melihat aku bahagia? entahlah.. aku pun tak tau...
Posted by mummy dhia amani at 5:59 PM 2 comments
Labels: mak
Saturday, October 31, 2009
terlerai sudah.....
aku sekarang ni kat kampung. lepas dah rindu aku pada mak aku yang tersayang. rindu pada anak-anak buah pun terlerai sudah. begitu juga dengan rinduku pada sepupu-sepupu ku... aku jumpe dorang semalam. rasanya tak nak aku lepaskan pelukan mereka padaku. tapi apakan daya aku..
esok mungkin aku balik upm semula. tengok keadaan jugak. tapi aku sangat bahagia di sini. bersama insan-insan yang tersayang dan tercinta. rasa macam tak nak balik. tak apalah..lagi dua minggu final nak abis. abis je final aku nak bawa mak adik n akak aku jalan-jalan kl. dorang kata dorang nak jemput aku kat upm. bahagianya. tak yanglah aku balik nek bus kan..kan..kan..
malam tadi aku jumpe sepupu n anak buah aku kat umah pakcik aku. bukan main suka dorang tengok aku datang merempit dgn anak buah aku si mamal tu. si izzah pun sampai tak cukup mulut nak bercerita tentang sekolahnya pada aku. sekolah pasti. tumpang aje pun. katanya dia tengah periksa. bila aku tanya kat mak dia, mak dia kata tak pun, dia yang nakal. sebabnya bagi jawapan kat budak lain yang tengah jawab exam. nakal betol si izzah tu..
tapi aku memang tak kering gusi melihat dia. seronok sangat. rasa hilang semua stress aku study. terasa aku nak join sekali si izzah mamal ngn wani main cikgu-cikgu. kalaka. dulu aku mana penah main cikgu-cikgu. aku reti godak parit aje. main basikal, mancing. tu la kije aku ngn sepupu aku si joy tu.
cerita pasal joy, baru aku tau dia tu join askar wataniah. tak apalah joy, da ko minat. eh macam-macam cerita la aku dapat bila balik kg ni. tak sudah kang aku cerita.mak aku cerita macam-macam kat aku. akak aku pon sama. cerita seram pun ada. nanti ada senang aku story..
Posted by mummy dhia amani at 5:24 PM 0 comments
Labels: mak
Thursday, October 29, 2009
?????apa?????
alhamdulillah...hari ni aku da abiskan dua paper. jadi aku ada lagi tiga paper yang jatuh pada 4hb, 12hb, dan 13hb 11.daji aku cadang nak balik kg lepaskn rindu kan famili aku n anak-anak buah serta sepupu-sepupu aku. semalam adik aku call, dia kata si izzah tu duk tanya mana kakak anim. bile nak balik. rupanya memang mereka pun rindukan aku. kakak aku juga ada sms yang si mamal tu pun bertanyakan bila aku nak balik. sabarlah wahai mamal n izzah cik anim/kak anim akan balik petang ni insya allah..
untuk exam td alhamdulillah aku boleh menjawabnya. tak la susah sangat soalannya. jawapannnya aje yang payah sikit. hehehe.. tapi tak apalah aku dah berusaha yang terbaik. jadi tinggal berserah dan bertawakal sajalah. study untuk next paper plak...
tapi aku geram dengan kawan aku yang baik ni, dia da pinjam aku punye note dia tak pulang. panas aje. nak bungkus tempe ke note aku tu? lama dah dia pinjam. tapi sampailah hari exam tadi dia tak pulang pun.. hemmm...kalau korang yang kena macam aku korang panas tak?geram tak? mungkin tak kot. aku je yang panas ni...hehehe..tak pelah. biarlah... aku tak dpt jawab pun tak apalah asalkan dia dapat jawab, kn?
mmmmmm......~~~~~~~~~
Posted by mummy dhia amani at 10:59 AM 4 comments
Wednesday, October 28, 2009
kuasa kita
tiada apa yang mustahil dalam hidup ni kan?hanya usaha kita yang penting..
D = Doa
U = Usaha
I = Ikhtiar
T = Tawakal
aku perlu tabah hadapi semua dugaan dan cabaran yang mendatang demi kejayaan yang menanti aku di hadapan jalan yang sedang aku lalui sekarang...semoga jalan yang aku pilih ni tidak la terlalu sukar untuk di lalui. semoga tiada halangan yang melintang pukang yang menghalang perjalanan ku yang jauh ini..
aku sudah puas melalui pelbagai macam derita dan kesusahan...semoga lepas ni laluan hidupku adalah semudah impianku...insya allah.. tapi aku hanya mampu merancang, namun ketentuan tuhan tidak dapat aku elakkan. tapi aku masih mampu merubahnya dengan doa.. ya..kuasa doa... doa adalah senjata kita untuk merubah segalanya.. hanya doa..
Posted by mummy dhia amani at 11:05 AM 2 comments
Tuesday, October 27, 2009
baby baru...
tadi sepupu aku ym kt aku dia kata dia dah dapat sorang lagi anak buah..lelaki..semalam katanya kak ina tu bersalin..bestnya...anak buah dia dah sepasang sekarang. yang sorang tu pun lahir time bulan puasa hari tu kalau tak silap akua l. rasa cam nak balik umah makcik aku kat gombak aje tengok baby..hehehe
tapi aku nak blik kg la hujung minggu ni...tak apelah..nanti sebelum aku cuti sem aku balik gombak tengok baby tu..mesti comel kn?
Posted by mummy dhia amani at 5:15 PM 2 comments
Monday, October 26, 2009
rindu sangat-sangat...
dunia aku malam ni kosong sangat... aku terlalu rindukan kanak-kanak yang selalu mengisi masa sunyiku, yang selalu membuat aku ketawa, aku terlalu rindukan kalian... andai aku punya sayap dah lama dah aku terbang bertemu kalian semua...
rindunya...mamal, zura, cik anim rindu sangat kat korang..
izzah, kak anim rindu sangat dengan keletah manja izzah..
anak-anak di taska kampus anak bestari, teacher rindu sangat kat kalian, mesti korang dah pandai membaca sekarang. buat nur syaza alia, maaf andai teacher hilang tanpa pengetahuan syaza, teacher terpaksa...
hafiz, cik anim rindu dengan jelingan manja hafiz...
argh...kalian selalu mengusik kalbuku, kalian selalu buat aku kerinduan..
terasa lama masa berlalu... kenapa budak-budak tu semua yang aku rindukan???
Posted by mummy dhia amani at 10:16 PM 4 comments
Labels: mak
blah la!!!
segalanya sudah aku bantu, meringankan bebannya, memudahkannya tapi kenapa mereka tak mahu membantu aku pulak?aku pelik la..jangankan nak berterima kasih, nak tolong pun kadang-kadang payah. bukan nak berkira tapi aku pun bukannya kaya sangat. dah sama-sama. apalah salahnya buat pun kita sama-sama gak.. ni nak semua aku.. aku tak pahamlah.. tak cukup baik ker aku ni? apa korang ingat aku ni kuli batak korang? blah la!!!!!!!
Posted by mummy dhia amani at 8:56 PM 4 comments
Sunday, October 25, 2009
cam hampa je....
petang tadi tunang aku call dia kata... cam tak jadi je wat kitty dalam kereta kancil putih yang akan di tukar cat biru myvi baru tu... frust gak la aku ni..huhuhu... kata dia ada masalah tentang kereta yang dia beli tu. mmmmm....so dia nak jual kereta kancil putih tu pada orang lain.. pah tu dia kata nak wat kitty dalam kereta purple dia tu... masalahnya kereta tu warna purple...macam tak berapa nak cantik la.. entahlah.. layan ajelah.. kereta dia pun, aku cuma minat aje..
apa-apa ajelah.. aku on aje.. tapi kereta kitty yang aku idam-idamkan tak menjadi. jadi tu jadilah juga, tapi lain la dari yang dibayangkan. warna kereta purple set dalam kereta set kitty warna pink. lawa ker??????tak pelik ker?????
Posted by mummy dhia amani at 10:47 PM 2 comments
kenangan lalu menjelma lagi
makin dekat hari nak exam aku rasa makin rindu sangat kat mak aku tu...selalunya kalau aku nak exam mak akan temankan aku study. malam-malam mak akan kejutkan aku untuk bangun solat hajat dan study..mak selalu akan temankan sampailah aku abis study.. dah lima sem masuk sem ni mak tak lagi tamankan aku..sedih..dari aku sekolah rendah sampai form 6 mak temankan aku study..tapi aku tau mak aku tentu temankan aku dari jauh...nun jauh di kampung...
setiap sem bila aku study malam aku mesti teringatkan mak,menitik airmata aku...kadang-kadang mak tak adalah temankan aku study duduk sebelah, biasanya dia akan buat kerja lain, basuh baju ke, kemas ke, solat ke, mengaji ke, tapi dia pasti tak akan biarkan aku berjaga sorang-sorang untuk study...argh!!! rindunya aku kat mak... terasa ingin ku panggil mak untuk temankan aku study skrg ni...!!!
Posted by mummy dhia amani at 11:01 AM 2 comments
Labels: mak
Saturday, October 24, 2009
something wrong somewhere
pagi-pagi lagi aku dah bangun (lepas rumate aku keluar pergi seminar kat bangquet hall kat upm), aku mandi, kemas bilik, basuh baju, dan sekarang aku menghadap laptop untuk meluahkan lagi apa yang aku rasa dari semalam.
sebenarnya aku dah pun call kampung bertanyakan khabar mereka. alhamdulillah,ayah aku yang jawab, katanya semua sihat belaka. cuma... dia tanya aku, "akak bila nak balik lagi?" ye, aku pasti ayah merindui anak-anaknya. di sini bukanlah aku nak mencanang keburukan keluarga, tapi..sekadar bercerita dan berkongsi pengalaman. aku punya keluarga yang besar dengan 10 orang adik beradik. aku anak ke 8. tapi..aku ada 6 orang adik beradik sama ayah n sorang kakak yang sama emak dengan aku. pening? xpe, tak yah risau, tak masuk exam...
nak dijadikan cerita anak-anak ayah aku yang 6 orang tu tersangatlah selalu balik.. aku kesian tengok ayah, mengharapkan kepulangan anak-anaknya. tapi anak-anaknya seperti tidak punya ayah lagi, aku pelik dengan sikap mereka. jangankan nak balik, call pun susah. kesian ayah... sepatutnya di usia emas seperti itu (68tahun) ayah sedang berdamping dengan anak cucunya. tapi entahlah...
pernah disuatu hari, aku yang duk kat serdang ni di tanya oleh abg uda khabar ayah, sedangkan dia duduknya lebih dekat dengan ayah (minyak beku, batu pahat.) aku memang pelik. time tu memang mengamuk la aku, salah ke balik jenguk ayah, bukan jauh sangat, 45 minit je dari rumah dia. hanya kami 4 beradik (dengan kakak yang sama emak), 2orang adik lelaki aku yang memahami situasi yang berlaku.
emak memang tak kata apa, yelah, mereka tu semua anak tiri mak aje. mak tak kisah, kata mak, "asalkan anak-anak mak tak lupakan mak sudah, ingat lagi maknya ni masih hidup." aku sayu sangat bila dengar mak kata cam tu. ayah selalu sorang-sorang. keadaan ayah memang agak teruk, sakit. mak memang sibuk bekerja, pagi menoreh kebun orang, petang goreng rempeyek umah jiran. malam ajelah yang mak ada untuk rehat. bila dah malam, tido, penat. aku yang di sini sayu mengenangkan emak yang juga sudah berusia masih lagi bekerja demi anak-anaknya yang tiga ini termasuk aku. mujur adik bawah aku tu dah kerja, dapatlah dia ringankan sikit tanggungan mak. alhamdulillah, baru kini aku tahu dan mengerti mengapa adik lelaki aku tu tak mahu sambung belajar.
panjangnya citer.hehehehe...sedih lagi citer pasal mak pagi-pagi ni...huhuhu... hah, yang malam tadi aku call mak, aku nak cakap ngn mak, tapi mak tak ada, kata ayah mak keluar ke pasar, beli lauk kot nak masakkan bekal adik aku kije la tu. bila aku call lagi malam sikit tak ada orang jawab, aku risau, tapi aku perlu berfikiran positif. kadang-kadang tepon umah tu bengong. rosak.
sebenarnya, selagi aku tak cakap ngn mak, aku tak kan puas hati, aku dapat rasakan yang mak aku tu ada masalah, nanti tengahari sikit aku call lagi mak aku...sekarang mak tentu kat kebun, noreh...
Posted by mummy dhia amani at 9:17 AM 2 comments
Friday, October 23, 2009
bila waktu telah berakhir....
Bagaimana kau merasa bangga Akan dunia yang sementara Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi Meninggalkan dirimu Bagaimanakah bila saatnya Waktu terhenti tak kau sadari Masikah ada jalan bagimu untuk kembali Mengulangkan masa lalu Dunia dipenuhi dengan hiasan Semua dan segala yang ada akan Kembali padaNya Bila waktu tlah memanggil Teman sejati hanyalah amal Bila waktu telah terhenti Teman sejati tingallah sepi lagu yang sangat menyentuh hati... menginsafkan diri ku ini... andai satu saat aku pergi...aku akan pergi dengan tenang...
Posted by mummy dhia amani at 5:30 PM 2 comments
berdebar-debar.......................
kenapa aku berdebar-debar sangat hari ni? aku pun kompius... cam ada yang tak kena aje nak jadi..ya Allah..selamatkanlah semua insan-insan tersayang dalam hidup aku. lindungilah kami dari segala-galanya...aminnn...
Posted by mummy dhia amani at 10:25 AM 4 comments
Thursday, October 22, 2009
kenangan yang tercipta
kelas multimedia tadi adalah kelas terakhir aku untuk semester ni... dan hari isnin nanti merupakan hari pertama untuk peperiksaan aku. seram sejuk aku dibuatnya. tapi aku ni still macam biasa, slumber aje.. macam tak ada apa-apa.. entahlah aku ni memang macam ni kot. rileks aje, kan?tak kisahlah... apa yang tercipta ialah kenangan indah bersama teman seperjuangan dalam kelas multimedia tadi. seronok sangat tengok kawan-kawan berlakon. hahahaa...sampai sakit pipi aku gelak. kelakar sangat. apa-apa pun tahniah kat kawan-kawan semua kerana berjaya melakukan final projek ni dengan jayanya. sepanjang satu semester kami bersama banyak kenangan indah yang tercipta, pahit manis, suka duka.semoga semuanya dalam kelas tadi menjadi suatu yang tidak akan kita semua lupakan.. banyak benda baru yang aku belajar dalam kelas multimedia. semuanya boleh dikatakan sebagai perkara baru yang tidak mungkin aku dapat dalam kelas lain...thanks untuk pengajarnya, dr. normaliza. dr. memang pensyarah terbaik la... buat kawan-kawan good luck untuk exam final nanti... =)
Posted by mummy dhia amani at 6:17 PM 0 comments
orang yang macam mana??
aku ni macam mana sebenarnya orangnya??? aku kadang-kadang keliru dengan diri aku ni.. mencari diri...cari..cari...cari... tak jumpa-jumpa.. kawan-kawan...tolong..
Posted by mummy dhia amani at 12:26 AM 0 comments
Wednesday, October 21, 2009
siap juga!!!
alhamdulillah...akhirnya kini pasti aku dah pun siapkan klip video untuk mutlimedia... baru je siap upload tadi..buat kawan-kawan sekalian tontonlah video kami ye..hehehe... buat ahli kumpulan excellent yang memberi sokongan dalam menyiapkan video ini dan sanggup menemani aku untuk upload video ni dalam youtube, thanks so much.. tanpa korang belum tentu aku mampu sudahkan kerja-kerja ni... buat yang tiada pada petang ni.. tak apalah, korang ada kerjakan, ada assignment kn, tak apalah...korang tetap yang terbaik..
Posted by mummy dhia amani at 6:06 PM 0 comments
papadom
yeah, aku da tengok da cerita papadom isnin lepas. memang best giler la.. walau pun demam, aku gagahkan juga kaki melangkah ke panggung wayang dengan tunang aku. dia semangat sangat nak tengok. tidak dapat di nafikan cerita yang membuatkan aku menitiskan air mata. bak kata aku la kan,sedih, gembira, menyentuh hati, semua ada. cerita ni memang banyak moral dan pengajarannya. kisah tentang bapa yang sanggup berkorban demi anaknya yang tersayang. kalaulah semua bapa-bapa di malaysia ni macam Saadom (watak aflina sauki) tentu aman dunia ni dari penganiayaan bapa kn? masa dalam panggung wayang tu penonton-penonton lain punya gelak,Subhanallah.. sakan sungguh, tapi logik la, cerita pun gempakkan? tak dilaranglah mereka ketawa sampai macam tu sekali. aku sendiri ketawa sampai mengalirkan air mata. kat mana aku tengok cerita tu? hehehehe... aku tengok kat bukit tinggi, klang.. jauh? dekat je..dekat dari rumah tunang aku la.. ok la.. aku memang mencadangkan korang yang baca blog aku ni untuk pergi sama menonton cerita papadom ni.. memang the best la aflin.
Posted by mummy dhia amani at 12:38 PM 2 comments
Monday, October 19, 2009
hanya namamu.... kelas mutimedia....
satu semester yang rasanya terlalu panjang... walaupun ianya tetap sama macam sem-sem yang lepas.14 minggu juga belajarnya. kenapa rasa terlalu panjang? kerana class kesusasteraan dalam multimedia, pada mulanya aku rasa class ni terlalu panjang waktunya hendak di tamatkan keseluruhannya. mau tidaknya, sering kali class ni tamat pada waktu yang tidak sebenarnya, kebiasaannya lewat dari waktu yang sepatutnya, mujur lepas class multimedia ni aku tak ada class lain.
tapi kini akhirnya aku berjaya juga aku nak habiskan class ni. tinggal satu kelas saja lagi. banyak kenangan pahit manis, indah dan menggembirakan yang terbit hasil class kendalian dr. normaliza yang comel(bukan bodek, tapi kenyataan) pada pandangan mata aku. sememangnya class dr ni banyak kerja. kerja yang semuanya nak cepat, kata dr. dr. nak ajar kami semua kerja di bawah paras tekanan atau stress. aku terima dengan hati yang redha. ini kerana, semuanya kerja-kerja yang dr. berikan adalah kerja secara berkumpulan. jadi tidak la terasa bebannya.
cumanya aku agak stress kerana bahagian akhir kerja kumpulan kami kebiasaannya, aku yang kena sudahkan. contohnya, akulah yang kena edit karangan/esei, send email, send gambar, macam kerja kumpulan yang terakhir, kerja untuk klip video mutlimedia yang akan kami upload dalam youtube ni, pun aku jugalah yang kena edit dalam movie maker lepas tu sudah semestinya akulah yang kena uploadkan?hmmmmm... segalanya aku lakukan dengan hati yang ikhlas dan tabah demi kumpulan kami, EXCELLENT.
yang penting mereka support aku dari belakang, aku tahu mereka tidak berapa mahir dalam mengendalikan perisian dalam komputer ni, tapi aku juga bukanlah mahir sangat, cuma aku ni gemar meneroka, mencari, berani mencuba, kerana itulah aku.
belajar dalam class multimedia ini juga mengajar aku erti ketetapan waktu, aku tidak pernah lagi datang lewat dalam class ni. guruku pernah berkata, kalau kita hendak menuntut ilmu kita hendaklah jadi mereka yang menunggu guru, bukan guru yang menunggu pelajarnya. aku pegang kata-kata itu sampai kini. dari zaman sekolah. setakad hari ini, aku masih lagi belum datang lewat untuk class lain melainkan dengan sebab dan musabab yang munasabah, bukan kerana tertidur atau tertinggal bas...yeah, aku pasti tentang itu. terima kasih dr. normaliza kerana mengajar kami erti menepati waktu.
semoga final nanti aku dapat buat yang terbaik. dan sememangnya aku mengharapkan bahawa satu kelas kami nanti akan dapat A semuanya. aminn...
thanks, dr. normaliza.. you are the best lecturer....!!!!
Posted by mummy dhia amani at 5:07 PM 0 comments
Friday, October 16, 2009
hampa, gembira, sedih...
aku cam tak ada apa-apa perasaan hari ni. entahlah, aku pun tak tahu kenapa.. mungkin sebab semalam aku punya penyelia suruh aku edit semula penyataan masalah aku.aku tukar novel sebenarnya. mula-mula aku tunjuk novel dulu, dia suka dengan novel yang aku dah pilih, alih-alih dia tukarkan tajuk aku pulak.. nak tau tajuk apa? EKSPRESI DAN INTEPRETASI MASYARAKAT DALAM NOVEL MENITI JALAN HADAPAN... aduiii...wat proposal semula lagi la jawapannya...
tak apalah.. semua tu ada hikmahnya kan? mungkin ni kot tanda-tanda kejayaan.. aminnn..insya allah..
tengahari nanti aku kena pegi rumah bakal mak mentua aku...semalam dia call aku suRUh aku datang rumahnya. tolong dia masak.. oklah aku tolong, lagipun si manje, anak perempuan satu-satunya ada class..aku bukanlah pandai sangat memasak, tapi kalau tolong-tolong tu bolehlah.. kenalah jaga hati orang tua.. nak buat open house katanya. ok la tu, aku balik rumah dia dengan harapan terlepaslah rindu aku kat mak aku di kampung. maybe lepas majlis rumah tunang aku tu, aku akan balik ke rumah aku pulak kot. kesian mak aku...
atleast, bila aku balik kampung ni walaupun sekejap aku dapatlah meringankan bebanan kerja mak aku sikit. aku kesian sangat kat mak aku tu.. sekarang ni dia saja yang mencari nafkah untuk tanggung keluarga. mujur adik lelaki aku dah kerja dan dapatlah membantu mak sikit-sikit. cuma adik aku tu pulak ada tanggungan jugak. VIVA dia tu sapa nak bayar????
aku tahu mak sangat tabah.. tapi dari riah wajahnya aku pasti dia dah tak larat nak kerja..nak buat camne adik bungsu aku sekolah lagi. tak apalah, aku ni mak tak payah la nak risau lagi,ptptn ada, tunang aku pun paham keadaan aku, kadang-kadang dia la yang bantu aku time aku kat upm ni..family dia pun sangat memahami..
sedih pulak pagi-pagi ni cerita pasal mak, aku sensitif sikit kalau bab-bab mak ni. cepat sangat air mata mengalir... tapi aku kena siapkan segala tugasan aku sebelum aku balik. nanti tak adalah duk terbayang-bayang aje kerja yang belum siap. kan?
cayok!!!cayok!!cayok animm!!!
Posted by mummy dhia amani at 8:06 AM 5 comments
Labels: mak
Thursday, October 15, 2009
shooting clip video
Posted by mummy dhia amani at 3:57 PM 2 comments
Friday, October 9, 2009
DATING?????
menjadi kebiasaan orang bercinta untuk dating. tapi betul ke statment 2?hahaha..hanya mereka yang dapat menjawabnya.
ari ni class pagi-pagi aku dbatalkan lecturer buzy kot. tak tau la kenapa. so aku pun lepak je la dalam bilik. kemas-kemas bilik.. basuh baju.. bila dah kemas semua and siap segalanya aku rasa lapang je. so boleh la aku buat kerja lain. cadangnya aku nak buat facebook and blog, tapi bila buka internet dikatanya pulak forbiden. tah apa kejadahnya tah. aku pun tak paham. 10 kali try tak leh gak aku dah naik tension. last-last laptop aku ni terpadam sendiri. battery habis!!!! hahahaha...
sekarang aku tengah bincang dengan group members aku nak buat video clip untuk di upload dalam youtube... lagu apa yerk nak pilih????ada tiga senarai lagu best. tapi sekarang ni cuma kami bertiga sahaja yang ada disini. macamana nak buat keputusan? warggghhhh...tension...!!!
harap lagu yang kitorang pilih ni semua members akan setuju..
Posted by mummy dhia amani at 3:54 PM 4 comments
Thursday, October 8, 2009
maca'z
MACA'Z kali ni merupakan kali ke tiga aku dapat. sebabnya semester 3 aku gagal mencapai targetnya sebab subjek arab yang aku amik, pointer aku jatuh. tapi aku kuatkan semangat dan tekad untuk berjaya lagi capai apa yang aku harapkan. walaupun tak dapat dekan tapi aku tetap bersyukur. cuma aku risau kalau-kalau semester 5 ni aku tak dapat capai sasaran dan impian aku untuk dapat DEKAN. apa yang pasti aku perlu berusaha keras lagi untuk mencapai semua impian aku tu.
cerita pasal malam MACA'Z tu pergh!!! gempak la!!! sebabnnya ramai gak student yang dirai dan merai yang tak datang. bising gak la pengetua KPZ time tu, tapi nak wat macamana mereka ada class malam. tapi aku tetap bergembira dengan Maznah coursemate aku, dia pun dapatkan anugerah tu.. sakan betul kitorang bergambar selepas selesai penyampaian anugerah malam tu. hehehe... mau tak happy bukan selalu bergambar sakan . tapi tak syok la sebab ramai geng-geng kitorang yang dapat MACA'Z cam kitorang. mungkin nasib tidak menyebelahi kot. sabarlah wahai kawan-kawan. nanti sem depan korang pulak naik pentas amik sijil yerk???
oleh sebab ramai yang tak datang banyak la makanan yang lebih tapi kami tak done nak ambil sebab tak ada bekas. hehehe..nak ambil pinggan sendiri jauh pulak blok aku. nun kat belakang sana, Cendi. huhuhuhu...tapi apa-apa pun makanan memang sedap. cumanya ada cikit masin la...kata Elly (coursemate yang datang merai)sup dia yang masin. nak tau makan apa??? Nasi Ayam la.. ok la kan, dari mee goreng, kuih-kuih, ye tak???
untuk sahabat-sahabat yang seangkatan, aku doakan kalian akan berjaya untuk semester 5 ni. final dah nak dekat. jangan main-main lagi. nanti diri yang merana....
Posted by mummy dhia amani at 2:02 PM 2 comments
Monday, October 5, 2009
hati
hari ni aku terasa hati sikit dengan insan yang bergelar sahabat. entahlah, agaknya aku ni ada wat salah kot. sebab tulah dia cakap cam tu kot. benda kecik pun aku nak sakit hatikan? pelik la aku ni...
memang semenjak dua menjak ni aku dapat rasakan perubahan pada dia. macam nak tak nak je bercakap dengan aku. entahlah. salah aku kot.. tak salahkan kalau aku mengaku salah. aku kadang-kadang tak berapa nak paham dengan kehendak diorang. aku tau kita tak dapat nak penuhi semua kehendak dan keinginan semua orang. tapi aku pelik, dengan orang lain elok je dia layan. dengan aku ni, macam nak tak je.aku tak pernah nak sembunyikan apa2 pun pada dia. apa2 berkaitan akademik aku tak pernah nak sorok-sorok. aku bukan jenis yang kedekut. aku pun tak kisah kalau orang tu lebih dari aku, aku buat semuanya dengan ikhlas... entahlah aku pun tak paham la.
adakah kerana usia? tapi aku masih lagi menghormati dia. aku tak adalah kurang ajar dengan dia. pelik-pelik...mak selalu pesan setiap kali aku nak balik UPM, "jangan gaduh-gaduh dengan kawan," aku tak cari gaduh, aku tak cari pasal, tapi mereka yang buat aku macam ni. kenapa ye jadi cm ni? mungkin kata-kataku tadi salah kot..tapi salah ye aku menyuarakan rasatak puas hati aku... yelah tak semua orang sekepala dengan kita. lepas ni, anggap sajelah dia tu tak sekepala lagi..mak...akak mcm nak nangis je ni.. Tuhan tabahkan hati ku menempuhi dugaan-Mu. kuatkan imanku, cekalkan hatiku... aminnnn...
tak apalah kalau dia tak pernah sedar semua yang terjadi, aku pasrah. apa yang aku tau sekarang ni aku sedih sangat-sangat.....
Posted by mummy dhia amani at 12:45 AM 2 comments
Saturday, October 3, 2009
cerita semalam
lepas makan malam, aku teman pulak tunang aku ni g kedai aksesori kereta kawan dia kat LAN J.K kat kajang. aku tak tau apa nama kedai dia, yang aku tau tunang aku selalu cakap LAN K.J. tapi sampai je aku stay dalam kereta, dia aje yang masuk. tak lama lepas tu dia panggil aku masuk,
masya Allah... sawan aku dibuatnya, korang nak tau kenape? hehehe apa lagi aksesori KITTY la..hikhikhik...sawan-sawan... seat kitty tu cuma RM700 aje ari tu dia g tanya kat subang RM900 tau, dia nak beli kot..
untuk pengetahuan semua aku ngan tunang aku tengah gile kereta sekarang. kitorang bercadang nak buat kereta kitty. tapi dalam ajelah, semua complete barang-barang kitty. insya Allah dalam tahun ni siap kot. hehe.. tak pun sem depan blehlah tayang kat Aya, Zana, n Umi.. hehehe.. berbalik pasal aksesori kitty td, banyak gak barang kitty kat kedai lan kj tu, tu yang aku bertambah sawan...
Posted by mummy dhia amani at 4:28 PM 0 comments
Wednesday, September 30, 2009
masa dah time!!
makin hari makin cepat masa berlalu. tinggal sebulan je lagi sebelum final exam... asgmnt banyak yg lum siap. tapi aku slumber aje..rileks aje.. cm tak de pape kerja... tp done gaklah wt kije2 lain, wt asgmnt sikit2. kang kalau biar aje mau pitam time exam nanti. dgn nak exam, nak wt asgmnt lagi...sume nak kene submit minggu ke 14 nanti, skrg da minggu 11... wow!!! 3minggu je lagi... tgok smula!! 3minggu je!! TIGA!! SATU, DUA, dan TIGA. tapi takpa, jgn kalut, slumber je tapi make sure keje tetap berjalan, jgn slumber2 tp wt tak tau aje.. ye tak???
Posted by mummy dhia amani at 10:37 PM 0 comments
Monday, September 28, 2009
sunyi
syahdu mengenangkan dia yang jauh dimata... sedang apakah dia kini?
Posted by mummy dhia amani at 11:16 PM 0 comments
Monday, September 14, 2009
mak...
cerita duka dari kampung membuatkan aku tidak karuan sepanjang hari mengenangkan nasib yang menimpa. mood hilang serta merta. macam nak balik sekarang saja. walaupun kejadian tu berlaku khamis lalu, dan aku baru dapat tahu sabtu, tapi kesannya mendalam. sapa tak sedih mak sendiri ditimpa kedukaan. rupa-rupanya, perasaanku yang tidak enak khamis lalu rupanya memang benar. ada sesuatu yang terjadi di kampung. tapi yalah, ibu mana yang nak anaknya sedih. petang khamis tu sesudah pulang dati library UPM aku terus telefon mak, bertanyakan khabar berita, dengan ceria mak menutup dukanya yang begitu terkesan dihatinya. aku berdoa semoga kata mak adalah kebenaran, tapi kakak ku memberitahu ada peristiwa malang telah menimpa mak. pantas aku menelefon mak, bertanyakan perihal sebenar. oh Tuhan, sesungguhnya apa yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.
Posted by mummy dhia amani at 9:44 PM 0 comments
Sunday, September 13, 2009
hari ini
kadang-kadang apa yang kita rasa hari ini tak sama dengan hari semalam. kenapa? mungkin salah kita atau sudah memang suratannya. tapi kita masih boleh mengubahnya. cuma tinggal diri kita saja sama ada mahu atau tidak. yang pasti dan mesti kita lakukan adalah, kita perlu tabah dan sabar hadapi semua yang terjadi hari ini. semua dugaan yang datang ada sebab dan akibatnya. yang baik datang dari ALLAH danyang buruk adalah dari kerakusan manusia itu sendiri...
Posted by mummy dhia amani at 9:37 AM 0 comments
Saturday, September 12, 2009
makan sedap
hari ni anim mkn kt umah makcik... pose ni xg lg kn umah makcik, asyik dengar member buka umah makcik je, teringin gak buka umah makcik. hehehehe...makan ape? lum buka lagi jd anim xleh nk bagitau la...hehehe..cume yang pasti sedap...kepada kwn2 selamat berbuka... slmt mkn sedap...
Posted by mummy dhia amani at 7:04 PM 0 comments
hari yang ceria
hari ni xtau la nk kata ape...cm best, cm x best... xtau nk kata ape. bahagia memang bahagia... eh, nak tau?semalam g la berbuka kt shah alam. kt Pak Mal Nasi Ayam, yang dekat2 dengan masjid shah alam, blkg caltex, sblh ngn dewan MBSA. sedap memang sedap tp perut panas..sambal dia kaw gile... tapi cm nk try lg..kot smlm mkn perut terkejut. klu kali kdua mkn perut panas lagi maknanya memang xleh mkn kt situ lagi la... makan dengan sape? nak tau ke? tak yah la tau.. kwn yang dah tau mesti dah tau kn?hihihi.. jangan marah..
Posted by mummy dhia amani at 6:58 PM 0 comments
Labels: kisah cerita
